"Bukan ajak semua pada poligami, tapi saya cuma ambil peluang jika ada kebaikan yang boleh dikongsi, inshaAllah."
Antara kisah yang tular mengenai manisnya hidup bermadu ini mendapat respon orang ramai. Walaupun ianya telah pun 'viral' tahun lalu ketika mereka mula berkahwin, ianya hangat sekali lagi.
Seolah-olah menjawab apa yang terbuku dalam kalangan warganet, isteri pertama, Khazatul Atiqah, 32 menceritakannya kembali mengapa dia sanggup 'menghadiahkan' isteri kedua kepada suaminya.
Fb
Semuanya kerana dia percaya dengan takdir Allah dan dia melihat semua itu menerusi mata hati. Segala keindahan hukum Allah yang sarat dengan hikmah dan nikmat membuatkannya bersyukur kerana pernah melalui fasa bujang, monogami dan sekarang poligami.
Fb
Menjelaskan semua itu, Tiqa mahukan semua wanita menjadi yang terbaik untuk versi diri sendiri.
Tidak semestinya poligami itu paling baik, begitu juga dengan monogami tentunya bukan paling bagus.
Fb
Akhir sekali bukan bermakna menjadi bujang adalah jalan paling mudah. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan jadilah wanita terbaik walau dimana-mana kategori sekalipun.
Fb
Menutup bicara, Tiqa memohon maaf jika cerita poligami mereka menyinggung orang lain kerana mereka hanya mahu berkongsi kebaikan bersama orang lain.
Fb
Poligami itu indah, isteri pertama bongkar rahsia kongsi suami
Rata-rata pengikutnya kagum dengan semangat Tiqa hidup bermadu. Mereka juga mendoakan yang baik-baik walupun tidak bersedia ke arah itu.
Wah! Bukan senang untuk bertemu keluarga poligami yang bahagia begini. Apa pun, setiap orang punya jalan cerita sendiri. Yang penting hidup diredaiNya kan? - CARI |