View: 8263|Reply: 124
|
Berita baik PTPTN tak sempat diumum kerana PH tumbang
[Copy link]
|
|
‘Berita baik PTPTN tak sempat diumum kerana PH tumbang’
Diterbitkan 33 minit lepas
Dikemaskini 33 minit lepas
0
A
+
A
-
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata, sebelum runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan, gabungan itu berhasrat mengumumkan berita baik buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Namun Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, manifesto PH itu gagal dilaksanakan apabila kerajaan PH yang berusia 21 bulan itu hilang kuasa.
“Kerajaan PH telah bersetuju untuk melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya umum PH untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka hanya selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000.
“Formula daripada PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan ini, memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN.
“Malangnya, kerajaan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi berhubung perkara ini dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, PH dalam manifesto PRU tidak menjanjikan penghapusan hutang PTPTN secara menyeluruh.
Menurut Buku Harapan, ia berhasrat menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan dan memansuhkan senarai hitam kepada peminjam yang tidak membayarnya.
Bagaimanapun, peminjam bergaji RM4,000 ke bawah masih perlu membayar pinjaman seperti biasa kerana kedudukan kewangan negara dikatakan belum kukuh.
Meskipun PH sebelum ini mendapat kritikan kerana dikatakan gagal menunaikan kebanyakan janji manifestonya, Lim berkata, sepanjang 21 bulan lalu, kerajaan PH telah bekerja keras menunaikan manifestonya.
Antaranya, kata Lim, dengan mengurangkan kos sara hidup, menyediakan perlindungan kesihatan baru, meningkatkan ketelusan dalam kewangan awam dan mewujudkan peluang pekerjaan.
“Saya berharap, janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman hanya selepas mereka mendapat gaji lebih dari RM4,000 sebulan tetap akan ditunaikan, meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan,” kata Lim.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak menipu tu, agak2 la... |
|
|
|
|
|
|
|
time kat atas kemain ko berlagak yek..tiber kat bawah..macam macam cakap..menyampah aku dengan iblis ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sembanggggg.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi bekas menteri kewangan dah ke ?
sapa finmin sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 la diratib skrg.. Padahal sst tu cepat je implement.. Tak nyabo2.. |
|
|
|
|
|
|
|
hHAHAHAHHAHAHAH yg ni meols terhibur |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahah lepas ni mesti ade bekas menteri ckp nk bg div TH 10% tak sempat, nk bg BASAH 5k tk sempat, RM1 = SGD 1 tak sempat dan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Aloo apek.. Nak beri bantuan rm juta2 kepada sekolah private cina tak perlu tunggu lama2 pon bole je cepat umum.. Haiyaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahahahahaha baeeeekkk punya sembang babi hutan pun terbang melayang |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 5-3-2020 02:29 PM
Hahahahahah lepas ni mesti ade bekas menteri ckp nk bg div TH 10% tak sempat, nk bg BASAH 5k tk semp ...
Kan kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak ada benda terbang la..ingat hapuskan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, dh tumbang nk lagi up tu..
kalau sape2 caye lagi xtau lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
OMG ---- agak agak lahhh --- bagi lah bukti dokumen mana yg telah disediakan utk tujuan itu ... nak belijiwa budak2 penghutang PTPTNlahni ---
budak2 PTPTNni agak gaak lah -- bayar ajerlah sikit2 -- anak saya yg masih menganggur pundok bayaq hutang MARA -- bukanbanyak mana pun --- rm100 sebulan utk hutang sejumlah dalam rm150k --- |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la ok la.....
Nah cekelat.. |
|
|
|
|
|
|
|
keluar berita cmni nak kasi org kagum ker?
ntah apa dlm kepala otak dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|