Kredit foto: Facebook Pak Mat Western
Watak beliau dalam filem KL Gangster 2 sebagai Ajib paling diingati ramai. Tagline 'Kasi Sengat' beliau pasti akan diingati sampai bila-bila. Sofi Jikan, peminat setia filem tempatan pasti sangat kenal dengan individu ini.
Selepas tenggelam seketika kerana ada kes mahkamah, Sofi muncul membuat review makanan di Pak Mat Western, Pulau Pinang di media sosi@l. Beliau membawa watak Ajib KL Gangster yang datang ke kedai Pak Mat Western dan mencuba menu special yang terdapat di sana.
Video mengenainya mendapat sambutan warga maya yang terhibur dengan cara Sofi membuat review. Mana taknya. Nak makan pun macam nak gaduh!
Kredit foto: Facebook Pak Mat Western
Dalam pada in character, Sofi tetap berjaya buat review makanan dengan baik dan dalam masa yang sama terubatlah rindu tengok Ajib kan?
Rasanya selepas ini akan ramai yang minta Sofi buatkan review makanan yang lain. Moga murah rezeki Sofi Jikan! - CARI
|