Berbeza dengan tindakan mementingkan diri segelintir individu yang mahu menjangkiti orang lain dengan Covid-19, seorang wanita dilaporkan mahu dijangkiti virus itu.
Kredit foto: CEN/Daily Star
Menurut Daily Star, tindakan Lea Inderbitz yang juga penyampai radio dari Switzerlad mendapat kecaman hebat daripada orang ramai selepas mengumumkan mahu dijangkiti virus berkenaan.
Kredit foto: CEN/Daily Star
Difahamkan, dia memulakan kempen itu apabila dilihat menjilat tangan pelawak Switzerland, Hazel Brugger di Swiss Music Award, baru-baru ini.
Kredit foto: CEN/Daily Star
Wanita itu kemudian dilihat menjilat mesin tiket, pelbagai butang dan pemegang di dalam bas awam.
Kredit foto: CEN/Daily Star
Lebih jijik, dia juga menjilat tong sampah hanya untuk dijangkiti wabak berkenaan.
Kredit foto: CEN/Daily Star
Bagaimanapun, orang ramai tidak merasakan perbuatannya itu melucukan.
"Kamu menjijikkan! Saya berharap kamu dan syarikat radio kamu dihukum.
"Apa yang anda lakukan benar-benar menjijikkan. Lebih jijik apabila orang lain terpaksa menyentuh permukaan yang telah kamu jilat itu," komen netizen di saluran YouTubenya.
Lea kemudian mendakwa ia hanyalah video palsu. Malah, dia telah menyahjangkit semua objek itu sebelum menyentuhnya dengan lidah.
Menurut laporan, tindakan bodohnya itu menimbulkan kemarahan ramai ahli politik yang kemudian menggesa kerajaan menghukum syarikat radio terbabit. - CARI |