View: 1753 | Reply: 9
Menteri Kesihatan UK Positif Covid 19
[Copy link]
Berita dukacita buat rakyat United Kingdom (UK) apabila Menteri Kesihatan Nadine Dorries mengesahkan dirinya positif Covid-19.
Memetik laporan BBC, Dorries berkata dia sudah mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan selepas mendapat tahu hal tersebut.
Malah katanya lagi, pihak Kesihatan Awam England telah memulakan proses pengesanan kontak rapat beliau termasuklah di kementerian beliau bertugas.
Kredit foto: reuters
Dorries dalam pada itu turut mengemaskini keadaan terkininya menerusi Twitter dan berharap perkara itu dalam diselesaikan secepat mungkin.
Menerusi hantaran Twitter itu Dorries menyatakan kerisauannya terhadap kesihatan ibunya yang berusia 84 tahun yang mula batuk sejak Selesa.
Buat masa ini menteri itu sedang mengasingkan diri di rumah dan turut mendapat ucapan berupa doa daripada orang ramai agar segera sembuh. - CARI
Rate
1
View Rating Log
Dekat UK ni dah catat 6 orang kematian buat masa ni. Harap2 dapat tangani virus ni secepat mungkin.
Sblm ni menteri kesihatan iran..
Harap2 menteri2 semua amek langkah pencegahan..diorg la yg paling byk berjumpa dgn org
Jenuhlah nak trace siapa2 yang dia dah jumpa sebelum disahkan ni. Dah nama pun menteri mesti banyak appointment kena jumpa orang sana sini.
husna_amal replied at 11-3-2020 02:34 PM
Dekat UK ni dah catat 6 orang kematian buat masa ni. Harap2 dapat tangani virus ni secepat mungkin.
Ramainya sis. Local atau foreigners?
itu masalahnya kalau sorg kena, semua kena.. nauzubillah
indon pun dah catat 1 kematian...
maaf la kalau saya agak kuajaq...mana dia mangkaq2 yang ceghita habaq virus ni tak bahaya...sebab hangpa tak mau hingaq pasai denggi dan jugak obesiti?? wakakakakkakakakakakka
Kotek rapat dari hong kong pun kena pantau.
VIDEO
sana budaya salam, klu rapat, hug sket,
klu rapat, kiss ke ape
tu yg negara cm iran cepat merebak