CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 7

Anak Kapal Terbunuh Perbuatan Paranormal? Ini Kisah Kapal Berhantu SS Ourang Med

[Copy link]
Post time 12-3-2020 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: hystoricmysteries.com





Pernahkan anda mendengar tentang misteri kapal SS Ourang Medan? Tak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1940, 1947 atau 1948, tetapi kapal ini diceritakan telah karam pada salah satu tahun ini.


Ada beberapa versi cerita misteri menyelubungi kapal ini dan salah satu versi akan kita tengok di bawah.


Dilaporkan Vincent Hayes Gaddis, seorang penulis paranormal yang mencipta frasa Bermuda Triangle pada 1948, ada dua kapal laut milik Amerika Syarikat yang sedang berlayar di Selat Melaka bernama City Of Baltimore dan Silver Star.


Diceritakan, bahawa mereka mendapat pesanan SOS yang menakutkan dalam bentuk kod Morse.



Kod Morse berserta padanan abjad dan nombor

Kredit foto: thetreelines.wordpress.com





Pesanan ini berbunyi:

"Semua pegawai termasuk Kapten sudah mati, terbaring di bilik carta dan anjung. Berkemungkinan semua kru sudah mati."





Pesanan kedua pula berbunyi,


"Saya mati."


Dua kapal ini mengambil keputusan untuk membantu SS Ourang Medan setelah mengetahui lokasinya. Kapal Silver Star yang sampai dahulu mengarahkan anak kapal menaiki SS Ourang Medan untuk menyiasat apa yang terjadi.


Difahamkan, semua anak kapal di SS Ourang Medan telah meninggal dunia. Mengerikan apabila tubuh anak-anak kapal ini sangat keras, dan raut wajah seperti terkejut kerana melihat sesuatu, mulut ternganga dan mata terbeliak.




Antara gambaran mayat anak kapal yang ditemui
Kredit foto: thehorrormoviesblog.com





Kapal Silver Star mengambil keputusan untuk menunda SS Ourang Medan ke pelabuhan berhampiran. Malangnya, api yang besar timbul dari kargo nombor 4 di kapal SS Ourang Medan menyebabkan anak kapal Silver Star terpaksa memotong tali tunda. Kapal itu tiba-tiba meletup dan tenggelam ke dasar laut.





Gambaran Kapal SS Ourang Medan Yang Meletup

Kredit foto: All It Took Was Common Sense To Solve These Famous Unsolved Mysteries, rebelcircus.com





Kisah ini diceritakan anak kapal Silver Star, disiasat oleh Merchant Marine Council dan dilaporkan US Coast Guard Report pada 1952.


Ada satu teori yang logik. Seorang ahli sejarawan, Roy Bainton gagal untuk mengesan rekod pendaftaran kapal misteri ini di Belanda, Singapura, Malaysia ataupun Indonesia. Mujur seorang professor Jerman, Theodor Siersdorfer memberi maklumat penting kepada Roy.


Didedahkan, kapal SS Ourang Medan menyeludup bahan kimia potassium cyanide dan juga nitroglycerin yang banyak digunakan sebagai senjata semasa Perang Dunia Kedua.


Air laut yang masin menghakis kargo yang menyimpan dua bahan ini, menyebabkannya bocor dan terdedah kepada anak kapal, sekaligus membunuh mereka.


Dikatakan, tentera Jepun akan menggunakan dua bahan ini dalam eksperimen kejam yang dijalankan oleh unit 731.





Eksperimen kejam oleh unit 731

Kredit foto: 35 rare images of the infamous Japanese experiment unit 731 in China, china-underground.com





Apa yang membuatkan misteri kapal SS Ourang Medan ini lagi menarik adalah apabila nama kapal ini disebut dalam satu surat yang ditulis oleh C.H Marck, pembantu kepada Pengarah CIA pada masa itu.


Surat ini telah didedahkan sendiri oleh CIA, namun nama kepada siapa surat ini dikirimkan telah dipadam. Pada surat bertarikh 5 Disember 1959 itu, Marck menerangkan apa yang terjadi kepada kru dan kapal SS Ourang Medan.


Terdapat satu lagi pernyataan dalam surat ini iaitu:


"Saya percaya tragedi mempunyai jawapan kepada beberapa kemalangan udara dan misteri dasar laut yang belum terungkai"


Adakah kapal SS Ourang Medan telah diserang sesuatu yang paranormal? Kenapa pembantu kepada Pengarah CIA berminat tentang kisah kapal ini dan siapakah penerima surat yang cuba dihantar oleh C.H Marck?  


Ramai yang masih ragu-ragu dengan kisah kapal ini. Adakah kapal SS Ourang Medan betul-betul wujud? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 12:55 PM | Show all posts
Wow ada kaitan dengan perkara mistik ke ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia dah wujud ke 1948?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:02 PM | Show all posts
Ada kebocoran gas yang membahayakan mungkin penyebab utama kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tahu lebih lanjut psl eksperimen 731 japan tu..that seems interesting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2020 12:01 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 14-3-2020 03:56 PM
Nak tahu lebih lanjut psl eksperimen 731 japan tu..that seems interesting

nanti ada rezeki saya akan post ya boss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2020 10:22 PM | Show all posts
bukan kisah Ourang Medan nih fiksyen ka?

https://skeptics.stackexchange.c ... an-ghost-ship-exist
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2020 10:46 PM | Show all posts
dani-rox replied at 15-3-2020 02:22 PM
bukan kisah Ourang Medan nih fiksyen ka?

https://skeptics.stackexchange.com/questions/20263/did- ...

banyak yg kata ceritanya fiksyen...tpi banyak gak yg tak nafikan kapal ni wujud, walaupun rekod kapal ni tak pernah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.263766 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list