Wabak COVID 19 kini sudah dikategorikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik.
Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
Ekoran itu, permintaan tinggi terhadap cecair pembersih tangan (hand sanitizer) dan topeng muka begitu tinggi hingga sesetengah-setengah premis jualan telah kehabisan stok mereka.
Seorang pengguna F@cebook,Ir. Abdul Rahman Bahasatelah berkongsi tips menghasilkan sendiri hand sanitizer mengikut saranan sebuah farmasi yang tidak dinyatakan tempatnya.
Bahan-bahannya:
Kredit Foto - Facebook Ir. Abdul Rahman Bahasa
Cara-caranya:
1. Campurkan bahan utama menggunakan nisbah seperti berikut:
A. Untuk sukatan 100 ml hand sanitizer
Campurkan 20% Dettol, 80% sterile water.
B. Untuk sukatan 50 ml hand sanitizer
Campurkan 10ml Dettol, 40ml sterile water.
2. Isikan campuran dalam botol spray.
Nota:
- Untuk menyukat bahan yang digunakan, anda boleh guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian.
- Formula ni hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas sahaja disebabkan faktor ketebalan kulit.
Walau bagaimanapun menurut laporan CNN Health, WHO tidak menggalakkan penghasilan hand sanitizer secara DIY kerana dikhuatiri tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.
Hand sanitizer DIY tidak mengandungi emolien yang bertujuan memelihara kelembapan kulit seperti yang terdapat dalam hand sanitizer yang dijual di pasaran.
Kredit Foto - CNN Health
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (US Centers for Disease Control and Prevention) pula, hand sanitizer yang berkesan ialah yang mempunyai sekurang-kurangnya 60% kandungan alkohol.
Namun WHO menyediakan panduan rasmi untuk membuat hand sanitizer khusus bagi penduduk yang tidak mempunyai air bersih atau produk gred perubatan yang lain.
Penghasilan hand sanitizer DIY ini mungkin langkah terakhir sekiranya berlaku keadaan luar jangka di mana stok benar-benar habis, darurat atau sebagainya.
Apapun, langkah terbaik ialah sentiasa menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan. Hindari kawasan sesak dan sekiranya perlu juga keluar ke kawasan tersebut, pastikan anda memakai topeng muka.
Moga kita terhindar dari dijangkiti wabak COVID-19 ini. - CARI |