"Sabar jelah," Begitulah keluhan pengacara TV, Fedtri Yahya apabila pendapatnya mengenai isu kuarantin di tempat suci seperti Mekah dan Madinah diambil enteng oleh sesetengah pihak.
Semua sedia tahu mengenai penularan wabak Covid-19 yang semakin serius yang telah memaksa beberapa negara mengambil langkah untuk menutup pintu sempadan sebagai langkah pengawalan wabak daripada terus merebak.
Malah, baru-baru ini tempat suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah juga mengambil langkah mengekang kemasukan para pelawat untuk sementara waktu dalam usaha membendung kemudaratan kepada penduduk dunia.
Malah, di Malaysia, terdapat beberapa buah negeri mengambil langkah membatalkan solat Jumaat dan meminta semua para muslim untuk solat zohor di rumah.
Kredit foto: Carian Google
Namun, terdapat segelintir pihak yang menganggap tindakan tersebut seperti melampau dan seperti tindakan orang kafir. Seolah-olah kerajaan lebih takutkan penyakit daripada takutkan Yang Maha Pencipta, kata mereka.
Kredit foto: Carian google
Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?
"Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Islam itu mudah, dalam sudut lain, Islam memberikan keselamatan kepada jasad dan kerehatan kepada jiwa jika jasad gagal diselamatkan. Justeru, berusahalah menyelamatkan diri daripada bahaya penyakit, dan redhalah dalam hati kepada Allah jika gagal.Wallahualam. - CARI |