View: 2054|Reply: 7
|
Renjis Air Mawar Diganti Dengan Hand Sanitizer Cipta Kelainan
[Copy link]
|
|
Susulan wabak Covid 19 melanda negara pada masa ini, majlis perkahwinan Melayu diraikan dengan cara tersendiri.
Ini kerana, adanya larangan berkumpul dan menjarakkan diri oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan jangkitan berlaku.
Kredit foto: Twitter
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, dia memuat naik sebuah rakaman video yang dipercayai majlis perkahwinan rakannya.
Menerusi video itu dapat dilihat seorang tetamu merenjis cecair pembasmi kuman pada tangan pengantin bagi menggantikan air mawar yang sering diamalkan dalam adat Melayu.
“Musim-musim penyakit berjangkit ni, eloklah air renjis mawar diganti dengan sanitizer,” tulis pengguna Twitter bernama Amy ini.
Hal tersebut mendapat reaksi lucu dan juga kagum di kalangan netizen. Mereka berasa cara tersebut sememangnya 'kena' dengan situasi pada masa ini.
Malah, tetamu mengelak untuk bersalam atau bersentuhan dengan pengantin dengan cara melakukan gaya ala 'Wakanda' dilihat mencuit hati netizen.
Apa pula pendapat anda? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok ler tu lebih baik untuk elak jangkitan |
|
|
|
|
|
|
|
mcm membazir je ulang2 bagi pengantin pakai sanitizer tu |
|
|
|
|
|
|
|
sebotol habis kat pengantin je.. |
|
|
|
|
|
|
|
baby pian sangat laki kau nok |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya sanitizerkan dekat tetamu.. bukan pengantin.. kelainan sikit...jahanam tangan pakai bnyk sgt.. huuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sanitizer ni bau pun wangi juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|