Ekoran penularan wabak COVID-19, seorang jururawat wanita berkongsi rakaman video menunjukkan langkah-langkah menggunakan cecair pembasmi kuman.
Rakaman berdurasi seminit itu menjadi viral di media sosi@l dan mendapat maklumbalas positif dari orang ramai.
Namun begitu, rupa-rupanya perkongsian tersebut mendapat teguran pihak atasan. Jururawat berkenaan dikehendaki memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau membuat rakaman tersebut.
Perkara ini didedahkan oleh laman Facebook Delegation of Nurses di mana mereka mendapat maklumat bahawa jururawat itu menerima tindakan atas alasan ia di luar bidang tugas jururawat itu.
“Kami dapat tahu bahawa terdapat seorang jururawat memberi penjelasan kepada pihak atasan mengapa beliau merakamkan kaedah cucian tangan dengan betul melalui media sosial.
Rasional tindakan hanya berdasarkan atas faktor beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat,” tulis kenyataan itu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Mereka kecewa dengan tindakan sedemikian kerana jururawat tidak terikat di wad dan klinik semata-mata tetapi sentiasa mendidik masyarakat berkaitan kesihatan.
Tindakan pihak atasan yang dilihat cuba mengekang usaha jururawat tersebut menyebarkan ilmu di media sosi@l dianggap sebagai “tidak memahami semangat dan nilai jururawat sebenar”.
Malah ia berkemungkinan akan menyebabkan kebebasan jururawat melaksanakan kempen serta pendidikan kesihatan di luar waktu kerja tersekat disebabkan wujudnya halangan sebegini.
Mereka juga berharap isu ini dipandang serius, di saat negara berdepan ancaman wabak Covid-19.
Namun begitu, menurut jururawat terbabit, tiada tindakan tata tertib dikenakan. Syukur.
Kredit foto: Ihsan Pembaca F@cebook
Walau bagaimanapun, wargamaya tetap menyokong tindakan jururawat tersebut mendidik masyarakat.
Kredit foto: Facebook Delegation Of Nurses
Yang nyata, ramai telah mendapat 'hidayah' mencuci tangan dengan betul atas asbab perkongsian video itu. Tak faham juga mengapa ia menjadi isu besar bagi pihak atasan.
Apapun semoga para jururawat sekalian tidak berputus asa terus berkongsi dengan orang awam ilmu kesihatan ya.-CARI
|