View: 3643|Reply: 23
|
Betul Ke Orang Malaysia Tak Faham 'Social Distancing' Atau Saja Berdegil?
[Copy link]
|
|
Sejak pengumuman Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia panik seolah-olah tiada hari esok dalam semua tindakan.
Bermula dengan pembelian panik hingga banyak barangan habis, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), diminta mengosongkan kolej hinggalah larangan merentasi negeri memerlukan kebenaran polis, semuanya menyebabkan suasana huru-hara.
Twitter
Larangan berada di khalayak ramai pada awalnya tetapi secara tidak sedar, ia mengakibatkan ramai orang terpaksa berkumpul kerana arahan tidak jelas ini. Lihatlah stesen bas TBS, balai polis, di lebuh raya dan pasar raya semuanya penuh dengan rakyat Malaysia yang panik.
Twitter
Oleh itu, ada cadangan dari warganet supaya pemimpin menggunakan bahasa lebih mudah supaya majoriti lebih faham. Maklumlah bahasa Inggeris yang di 'Melayu' kan ini agak pelik dan asing bagi majoriti rakyat Malaysia.
Twitter
Ianya turut dipersetujui oleh yang lain dan menganggap bahasa bombastik ini lebih mengelirukan berbanding difahami.
Bagaimanapun, ada pula yang berpendapat bahasa arahan tersebut tidaklah mengelirukan. Ia lebih kepada sikap rakyat kita dan juga masyarakat dunia amnya yang degil dari mematuhi peraturan.
Wah! Pelbagai pendapat ya. Harapnya semua urusan dipermudahkan ya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham pn betul jugak..bnda x pnh jadi kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Y suh guna dialek/bahasa negeri masing2 tu win{:smile
And y komen psl not a fancy words tu,utk org kampung mmg dorg xfaham,unless highly educated..guna je simple words..utk report mmg kne ltk standard terms. |
|
|
|
|
|
|
|
Johor :... ampun tuanku
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat social distance pun tak paham, yg batuk bersin pegi sembur kat setiap rak kat pasaraya tu mmg langsung tak de sense of responsibility langsung. Dah tau batuk selsema pakai lah topeng muka, kalau tak de, setiap kali nk batuk, bersin tu tutup lah mulut tu dengan tisu atau towel atau tangan. Dah lah covid 19 ni i geram betul sbb baru nmpak depan mata manusia2 selfish ni |
|
|
|
|
|
|
|
-balik kg mugkin sbb fear
-klu bab makan kat restoran tu mmg ignorant |
|
|
|
|
|
|
|
betul dorg x paham konsep dan objective social distance ni.. kalo beratur still dekat2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia ni yg beratur rapat2 pun tup tup ade jee yg muka tak malu potong line... ni kan pulak jarak2 (social distance)… Cuma harap selepas dihebahkn dlm media2, ramai la ambil langkah terbaik untuk duduk di rumah jee.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah perlu campurtgn tentera utk kawal keadaan jika dh teruk sgt{:question |
|
|
|
|
|
|
|
Degil sbb x nak mereput kat umah... |
|
|
|
|
|
|
|
malu kot..nanti dikata over...cth mcm beratur satu meter tu... |
|
|
|
|
|
|
|
LH76 replied at 18-3-2020 07:54 PM
adakah perlu campurtgn tentera utk kawal keadaan jika dh teruk sgt{:question
Tentera kena bantu sama dalam keadaan ni. Kita nak cepat pulihkan keadaan supaya malaysia boleh return balik seperti biasa.
Rakyat malaysia dilarang keluar. Pelancong dilarang masuk.
Tapi kita bebas berjalan ke sama ke mari dalam malaysia.
Who declare selamat baru kita benarkan keluar masuk utk rakyat dan pelancong |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 19-3-2020 10:58 AM
Tentera kena bantu sama dalam keadaan ni. Kita nak cepat pulihkan keadaan supaya malaysia boleh ...
Klu tgk negara yg dijaga oleh tentera blh dikatakan tindakan dikenakan scara kekerasan.
Polis kita msh dikira berlembutkan. |
|
|
|
|
|
|
|
LH76 replied at 19-3-2020 12:48 PM
Klu tgk negara yg dijaga oleh tentera blh dikatakan tindakan dikenakan scara kekerasan.
Polis ki ...
Eloklah. Baru depa tahu. Ni asyik melawan je kata kerajaan. Masa ni tak boleh buat silap. Nyawa orang ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Kedua2nya tak faham dan masih nak berdegil tetap ikut law sendiri tak suka ikut arahan |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab masyarakat kita ni pentingkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi tadi kena ke hospital ambil darah..masa menunggu duduklah berjarak 1 meter.tapi masa beratur ambik darah,nurse yg suruh beratur rapat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Majoriti more to tak reti bahasa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|