Kredit foto: Soya Lemon
Harian Metro semalam melaporkan, Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri telah memfailkan penceraian di mahkamah.
Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu.
“Bab rumah tangga, saya tak nak komen. Minta maaf ya," katanya kepada Harian Metro.
Pun begitu, apabila ditanya mengenai anak-anak, dia menjawab semua anak-anak berada dengannya.
Sementara itu, Aliff apabila dihubungi Harian Metro enggan memberi sebarang ulasan.
"No komen," katanya.
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris
Tinjauan di Instagram kedua-dua belah pihak tidak menunjukkan sebarang bayangan mengenai berita terbaru ini. Datin Shahida memuat naik gambar anak-anak, manakala Aliff banyak memaparkan aktiviti berkenaan kerja.
Tidak lama dulu, pasangan suami isteri ini dilihat tidak lagi mengikuti akaun IG masing-masing sehingga menimbulkan tanda tanya pada peminat.
Spekulasi mengenai rumah tangga mereka menjadi bertambah hangat apabila Aliff muncul dengan single terbaru 'Cuba Bahagia' yang mengisahkan seorang lelaki dahagakan kebahagian dan kasih sayang daripada orang disayangi.
Semoga semuanya baik-baik saja. - CARI |