View: 2357|Reply: 10
|
"Takut Hospital Ke Tu? Menyusahkan Orang Saja" - Video Ahli Tabligh La
[Copy link]
|
|
Sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dan kita boleh lihat masih ada lagi beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengingkari arahan pihak kerajaan. Kita sepatutnya berasa kasihan dan memberi kerjasama dengan pihak-pihak yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam membendung wabak Covid-19 ini.
Terbaru, tular sebuah video di Twitter apabila dipercayai seorang jemaah tabligh yang dicari selama ini oleh pihak berkuasa cuba untuk melepaskan diri apabila ditangkap.
Di dalam video tersebut, dilihat pihak berkuasa memakai pakaian khas yang melindungi mereka daripada sebarang ancaman virus sedang menangkap seorang individu. Namun, agak mengecewakan apabila individu tersebut tidak memberi kerjasama dan cuba untuk melarikan diri.
Video tersebut dilaporkan dirakam di Taman Ida, Labuan. Sedang kita semua berusaha untuk memutuskan rangkaian penyebaran wabak Covid-19, masih ada lagi individu yang mementingkan diri sendiri dengan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Video tersebut turut mendapat reaksi netizen yang turut kecewa dengan sikap individu tersebut.
Walau bagaimanapun, memetik laporan Astro Awani, lelaki berkenaan dikatakan merupakan bapa kepada salah seorang ahli tabligh.
Semoga semuanya selamat! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
@dizekni |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya bapa kepada peserta tabligh |
|
|
|
|
|
|
|
Korang memang layak dipanah petir |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah la bapa kpd peserta atau peserta tu sendiri. Bagi la kerjasama |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya jugak abam polis datang macam tu je dengan hanya pakai mask dan sarung tangan tampa pakai baju macam petugas kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya patient 136 tantrum kt hospital ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Langsung tak nak bagi kerjasama. Dasar menyusahkan orang ramai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|