Seramai lima individu ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) menerusi dua tangkapan di pusat pentadbiran persekutuan, Putrajaya semalam.
Memetik laporan Berita Harian, kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 34 tahun direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Difahamkan, kes pertama membabitkan dua lelaki dikesan melakukan kesalahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Lebuh Sentosa, Presint 7 pada jam 2.50 petang.
Gambar hiasan. Kredit foto: Bernama
Malah menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata alasan yang diberikan tidak munasabah, mahu pergi ke rumah rakan untuk memberikan resipi.
Manakala, tangkapan kedua membabitkan tiga pelajar antarabangsa universiti swasta iaitu wanita warga Djibouti dan dua lelaki asal Kenya dan Sudan dalam SJR di Presint 14 pada jam 5.50 petang.
Mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang asal dan hanya dapat menunjukkan salinan.
“Pelajar berkenaan memberikan alasan tidak munasabah kerana mahu ke rumah rakan untuk mengambil wang dan selepas diarahkan berpatah balik mereka memberi pelbagai alasan sebelum ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.”
“Tiga pelajar itu ditahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan melanggar perintah PKP,” katanya.- CARI |