CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5534|Reply: 17

- - -

[Copy link]
Post time 1-4-2020 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Lagubestbest at 9-5-2024 08:28 AM

- - -

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan semua serbu kwsp dgn lhdn serentak ye
..kasihanila mesin2 server kami..x cukup tenaga jap lg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku click tadi.. Wowww.. Down.. Slow2 kesian kat pekerja LHD dan EPF...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegiler apply. Sekali agensi2 tu key in no ic korang berterabur aset yg ada. Biru ko nk bayauuu. Aku nk tgk gak retis mn yg nk serah tengkuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 1-4-2020 06:47 AM
Pegiler apply. Sekali agensi2 tu key in no ic korang berterabur aset yg ada. Biru ko nk bayauuu. Aku ...

Psl tu nak mintak dana khas..

Takut kantoi laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 1-4-2020 02:47 PM
Pegiler apply. Sekali agensi2 tu key in no ic korang berterabur aset yg ada. Biru ko nk bayauuu. Aku ...

selama ni tak pernah declare
pastu acah2 die la byr tax haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 1-4-2020 02:54 PM
selama ni tak pernah declare
pastu acah2 die la byr tax haha

Kwn aku pnh kena. Org bisnes mmg byk sorok income tp beli aset. Sekali dorang check, x setimpal dgn income yg kwn aku declare. Masak oiiii. Kena byr 50k tmasuk penalti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 1-4-2020 02:53 PM
Psl tu nak mintak dana khas..

Takut kantoi laaaa

Kannnn. Tp gomen x bodoh. Gomen pun xde duit sbb covid. Dorang nk kutip balik dr org2 mengelat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 1-4-2020 02:57 PM
Kwn aku pnh kena. Org bisnes mmg byk sorok income tp beli aset. Sekali dorang check, x setimpal dg ...

mmg stok2 lari cukai
masuh infat nora danish punya cdgn kurabgkab tax utk ratis. sbb artis kena show off hidup lavish mewah bagai kan.. kos tinggi haha

korg ingat profession korg setaraf bintang hollywood ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 03:34 PM | Show all posts
Dana khas, my ass
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang gaji atas RM3,000 tapi tak pernah bayar cukai dan nak bantuan khas. Hahahahaha.


Korang kena daftar dulu dekat LHDN. Nnti dapatlah bantuan + surat bayar cukai.  Nnti cari balik resit beli phone dan seangkatan dengannya. Boleh dapat diskaun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 03:41 PM | Show all posts
retis kat malaysia ni buta huruf kotttt tak reti nak cari infoooo... kata vodohhh karang marah.. ada hati nak kata netizen IQ rendah tp diorang yg IQ rendah sbnrnyaaa.. membaca jambatan ilmu.. tk membaca jambatan bangang..  ni handphone kemain canggih, tp nak cari info pasal bantuan, tak reti nak cari.. apoooo ke sangkak sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 03:42 PM | Show all posts
Diaorang ni masalahnya tak nak bayar tax, underdeclare tu yang sekarang menggelupur minta bantuan khas. tak pikir panjang kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 04:05 PM | Show all posts
Edited by Thanatus at 1-4-2020 04:16 PM

hakikatnya mintak bantuan khas disalurkan khusus kpd mereka sebab tak pernah declare tax. Kalau selama ni mmg penerima BSH/BR1M... record mmg dah ada, so tak perlu bising. Dan kalau selama ni pernah declare income, tak perlu lah jugak nak melalak.

So retis2 meroyan yg nak bantuan tuu, this is the time to declare your taxable income...macam rakyat marhaen lain. Cuma mesti LHDN curious lah kan apasal tetiba submit tax filing... jgn kena geledah dgn lhdn sudahh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:06 PM | Show all posts
semua nak org suapkan... pastuh feeling ko level2 bangsawan…. memang bangsatwan yer memasing…. otak tuh buat perhiasan dlm almari… letak sebelah-menyebelah ngan handbag danss kaut korang
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahai artis, jemput jenguk flat di Kuala Lumpur
Hilal Azman
COVID-19 telah menghambat setiap pelusuk dunia. Di sini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini telah memasuki fasa kedua.

Fasa pertama berjaya diharungi namun demi kemaslahatan bersama maka telah disambung selama 14 hari lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa ujian daripada Tuhan ini telah memberi kesan baik dari segi material, kewangan, ekonomi, gaya hidup, kesihatan mental, spiritual dan lain-lain.

Si anak kehilangan ayahanda tersayang kerana jangkitan wabak ini. Pegawai kesihatan ada yang terpisah dengan keluarga dan tidak pulang ke rumah kerana bertugas untuk orang awam.

Si ibu dengan perasaan yang berat hiba hanya mampu melihat anak beliau daripada luar bilik kuarantin yang entah bila-bila masa sahaja boleh dijemput Ilahi.

Golongan miskin bandar mengikat perut anak beranak kerana si ayah tidak lagi boleh berniaga goreng pisang di pasar malam.

Mahasiswa di kampus runsing memikirkan keadaan keluarga di kampung halaman.

Hakikat dan bahasa mudahnya, kita semua berada dalam situasi susah, ketakutan, kelaparan, kekurangan dan krisis.

Semua orang berada dalam keadaan genting.

Namun ada beberapa golongan yang mementingkan diri dan memperlekeh orang-orang miskin dan susah ini.

Akhir-akhir ini tersebar berita mengenai beberapa golongan artis Malaysia yang berkata hidup mereka susah dan mahukan bantuan khusus daripada pihak kerajaan.

Malah ada sesetengah itu tanpa segan silu dan kemanusiaan telah menghina orang miskin (golongan B40).

Penulis yakin bahawa artis ini hidup dalam ‘elite bubble’ (lingkaran elit) mereka sendiri.

Mereka tidak pernah ambil tahu dan sedar betapa di Kuala Lumpur ini terlalu banyak golongan miskin bandar dan B40.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) pada tahun 2017 menunjukkan bahawa purata pendapatan bulanan di Kuala Lumpur adalah sebanyak RM 1,994.40 dan lebih teruk hanya 65.8% ketua isi rumah di Flat PPR seluruh negara berpendapatan bawah RM 2,000.

Dalam 3 hari lepas penulis sendiri telah melihat slot Bersamamu di TV3 yang mengisahkan mengenai sebuah keluarga di Flat PPR Desa Rejang, Setapak.

Seorang ibu yang menderita kanser usus telah menjadi ketua keluarga setelah ayah anak-anak ini tiada.

Ibu yang cekal ini menjaga kesemua anaknya 9 orang itu dengan yang paling kecil berumur 5 tahun.

Lebih menyedihkan ada dalam kalangan anak ini yang tidak bersekolah kerana tiada wang mahu dihantar ke sekolah.

Bolehkah artis-artis Malaysia bayangkan hidup di rumah flat kecil yang ada hanya 2 atau 3 bilik sahaja seramai sepuluh orang isi rumah?

Kisah ini ada kisah nyata yang masih berlangsung sehingga ke hari ini. Keluarga susah sebegini masih wujud ketika artis-artis Malaysia bising kononnya merekalah yang paling susah kini.

Tidak jauh dari rumah penulis di Flat Sri Penara, Cheras ada keluarga yang menderita kesusahan.

Si ayah perlu menjalani dialisis kerana mengalami masalah buah pinggang. Si ibu tidak bekerja kerana mengurusi hal rumahtangga.

Anak yang sulung terbaring kerana kemalangan dan mengalami kecederaan di kepala dan masih ada anak-anak kecil yang lain perlu mereka tanggung.

Penulis pasti keluarga miskin bandar dan golongan B40 seperti mereka ini tidak pernah menaiki gondola di pesisir sungai Milan atau Venice seperti artis-artis Malaysia.

Apalagi menikmati makan malam di hotel lima bintang atau memakai beg jenama Channel, Gucci dan lain-lain seperti artis-artis Malaysia.

Keluarga ini jika punya motor sudah bersyukur sangat jika nak dibandingkan dengan tayangan kereta Ferrari, BMW, Mercedes di Instagram artis ini.

Penulis berharap agar ketika waktu-waktu susah sebegini kita menginsafi dan muhasabah kembali segala perbuatan kita.

Banyak membantu mereka yang memerlukan dan bukannya memperlekeh orang-orang miskin ini.

Banyakkan bertaubat, mengingati Tuhan, belajar hidup sederhana seadanya, merendah diri, berdoa pada Tuhan dan bersabar dengan ujian wabak ini.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran: “Dan sesungguhnya akan Kami memberi ujian kepadamu dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman. Dan berikanlah berita gembira buat mereka yang bersabar”. (Al-Baqarah, ayat 155).

Memperlekeh orang miskin pada waktu kesusahan ini bukanlah tindakan yang bijak. Menikmati kehidupan mewah ketika orang ramai melarat kesusahan adalah kezaliman.

Kata Ali Syariati: “Jika kau derita maka kau hidup. Jika kau merasai penderitaan orang lain maka kau manusia.” – 1 April, 2020.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tobat lahum xkan daftar.. Kantoi la
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sigur/ros replied at 1-4-2020 03:41 PM
retis kat malaysia ni buta huruf kotttt  tak reti nak cari infoooo... kata vodohhh karang marah ...

kelakor betui ayat "tak membaca jambatan bangang" tu...hahahahahahahahahahahahahahahahshahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058485 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list