Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera
Beberapa pusat perubatan di Malaysia telah memulakan inisiatif menawarkan ujian saringan COVID-19 secara pandu lalu.
Hanya memerlukan masa sekitar lapan hingga 10 minit, ujian pemeriksaan COVID-19 ini merupakan satu-satunya ujian saringan yang tidak memerlukan temu janji.
Pelakon Ummi Nazeera turut berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan tersebut di Instagramnya dengan jumlah bayaran RM550 di MSU Medical Centre, Shah Alam kerana bercuti keluar negara baru-baru ini.
Tidak dinafikan agak mahal, tapi untuk kebaikan dan berkemampuan, apa salahnya. Netizen pun rasa seriau apabila melihat video perkongsian Ummi.
Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera
Menurut Ummi, keputusan ujian saringannya adalah negatif. Beliau menyarankan kepada orang ramai terutamanya yang telah keluar negara untuk menjalani ujian ini atau kuarantin sahaja di rumah selama 14 hari untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini.
Rahsia kepada kejayaan mengawal kes jangkitan adalah kerana wujudnya kerjasama dan inisiatif sendiri daripada rakyat seperti Ummi untuk melakukan ujian saringan serta beberapa langkah lain daripada kerajaan.
Syabas Ummi! - CARI
|