CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 10

Hajat Terengganu Jadi Perintis Gilir Pergerakan Kenderaan Ikut Nombor Plat Terta

[Copy link]
Post time 3-4-2020 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Kredit : The Star


Cadangan mengehadkan pergerakan kenderaan mengikut nombor pendaftaran di Terengganu yang sepatutnya bermula 1 April ini ditangguhkan selepas kira-kira enam jam ia diumumkan.


Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu menerusi laman Facebook (FB) memaklumkan penangguhan itu bagi membolehkan kajian lanjut dilakukan terhadap cadangan berkenaan.


Sebelum itu, cadangan membenarkan pergerakan kenderaan di Terengganu mengikut nombor pendaftaran genap atau ganjil mendapat reaksi pelbagai sama negatif dan positif daripada netizen.


Walaupun ada berpendapat ia tidak perlu kerana kes positif wabak Covid-19 masih terkawal dan antara berskala kecil di negara ini, ramai juga risau peraturan itu akan disalahguna sebagai kebebasan untuk keluar pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Kredit : Facebook Polis Terengganu


Sebelum itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik memberitahu negeri itu akan melaksanakan arahan penggiliran keluar kenderaan mengikut nombor genap dan ganjil nombor pendaftaran.


"Ia bertujuan mengawal pergerakan orang ramai yang keluar tanpa sebab dan alasan kukuh serta mengelakkan ramai berkumpul di pasar atau pasar raya.


"Hanya kenderaan bernombor pendaftaran ganjil dibenarkan berada di atas jalan raya di Terengganu pada 1 April manakala nombor genap pula pada keesokannya pada 2 April dan seterusnya pada hari-hari berikut secara bergilir-gilir," katanya ketika ditemubual stesen radio Terengganu FM.


Kredit : nst.com.my


Roslee berkata, pengecualian bagaimana pun diberi kepada kenderaan pekerja barisan hadapan yang membawa surat kebenaran majikan.


Beliau berkata langkah tersebut merupakan inisiatif IPK Terengganu dan diharap menjadi perintis untuk diikuti negeri-negeri lain.


"Ia diharap dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus kenderaan di atas jalan raya di Terengganu pada setiap hari," katanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tah mcm bodo je peraturan, skali satu rumah tu ada dua kenderaan satu ganjil satu genap, yeay hari2 boleh keluar tanpa kena tahan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
idea bengong
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:02 PM | Show all posts
India pnh buat mcm ni tp bkn sbb PKP..nak kurang kan jem kut..x tau masih jalan ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok plat nombor Singapore, ada warna.  Kalau hitam putih atau kuning, tu normal.  Kalau merah, boleh gerak masa off peak hours je, byr road tax pun murah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Uturn lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2020 03:54 PM | Show all posts
ulamalu replied at 3-4-2020 02:19 PM
Kalau tengok plat nombor Singapore, ada warna.  Kalau hitam putih atau kuning, tu normal.  Kalau mer ...

Merah kereta weekend...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu: Kalau tengok plat nombor Singapore, ada warna.  Kalau hitam putih atau kuning, tu normal.  Kalau merah, boleh gerak masa off peak hours je, byr road t ...


Ok yg ni logik.tp yg x bestnya boleh sebbkn giv sedut duit rakyat. Kau x mampu kau geraklah larut malam. Gitooh??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 09:41 PM | Show all posts
Sapa punya idea la ni...kalau ada 2 kereta tambah lagi 1 atau 2 motosikal dan nombor plate ada yang genap n ganjil boleh ja keluar hari2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2020 12:28 AM | Show all posts
habis kereta ktorang semua ganjil xleh keluar waktu yg betul2 nak keluar ke mcm mana... isk isk... nak mudah disusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
{:dot x sesuai dilaksanakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052324 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list