Selepas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan dibuat di Instagram mengenai bantuan terhadap anak seni, penyanyi Tomok dilihat turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan mewakili rakan-rakan yang lain.
Perkongsian Tomok di laman Twitter miliknya mengundang pelbagai reaksi warganet kerana isu yang disuarakan Tomok sebelum ini.
Raikan kebaikan di depan mata...
Semoga jaga mulut di masa akan datang ...
Ni gaya lepas kena kecam ke?
Jadikan pengajaran...
Lepas ni bantu golongan artis veteran pula...
Kredit foto: Twitter Tomok
Walaupun Tomok dah minta maaf, tapi sebahagian netizen masih belum melupakan perkara yang telah terjadi.
Apapun, terima kasih Tomok berkongsi rezeki. - CARI
|