Kes COVID-19 di negara kita meningkat berpunca dari perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari 2020 lalu.
Ada dakwaan menyatakan kluster tabligh berpunca dari pesakit 136, rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan menyertai perhimpunan tahunan itu.
Kredit foto: KKM
Pelajar Malaysia di Korea Selatan, freelance sebagai pembawa pelancong. Kembali dari Korea Selatan pada 22 Feb 2020 kemudian mengambil bahagian dalam Ijtima Tabligh di Masjid Sri Petaling dari 27 Feb ke 1 Mac 2020.
Kemudian beliau mengalami demam pada 3 Mac dan pergi keluar negara sebelum balik semula ke Malaysia.
Untuk rekod, seramai 16,500 jemaah Tabligh hadir dalam Ijtima di Masjid Sri Petaling pada tarikh tersebut.
Oleh kerana menerima kecaman dari orang ramai kerana menyebabkan beberapa episod kematian jemaah tabligh serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pemuda ini tampil membela dirinya.
Namun, lebih hebat kecaman diterima beliau.
Tidak berputus asa, pemuda ini tampil sekali lagi memberi penjelasan penuh pula. Baca lanjut.
Usai pulang dari Korea, beliau masih sihat. Beliau mulai rasa nak demam selepas 11 hari pulang dari Korea dan pulih selepas makan panadol seterusnya beliau ke Bandung, Indonesia bersama 7 orang rakannya.
Pulang dari Bandung, beliau ke Melaka bersama-sama rakan yang sama dari Korea dan Bandung. Kesemua contact rapat telah membuat ujian saringan dah disahkan negatif.
Lelaki ini memohon orang ramai berhenti mengecam beliau kerana ia menjejaskan reputasi serta keadaan mental. Malah beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang pada penyebar fitnah.
Kredit foto: Twitter @wanakasha01
Namun rata-rata netizen masih tetap mengecam pemuda ini.
Kredit Foto - Twitter @wanakasha01
Untuk info, KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia sudah meminta individu yang baru pulang dari luar negara menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari sejak wabak ini makin menular di negara lain selepas Wuhan.
Walau bagaimanapun, berterusan menyalahkan pesakit 136 pun tidak membantu apa-apa. Apa yang boleh dibuat sekarang ialah terus patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan.
Semoga wabak ini segera berakhir.- CARI |