Dalam kerancakan bisnes penghantaran barang ketika waktu PKP, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menghantar dadah menerusi khidmat penghantar barang.
Hal itu terbongkar apabila seorang lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya Op Covid di Seksyen 26 Shah Alam, kelmarin.
"enghantar barang itu adalah lelaki tempatan berusia 28 tahun dan menunggang motosikal Yamaha LC.
"emeriksaan pada beg galas dipakai lelaki itu menemui dua sampul surat berisi leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 40.44 gram.
Kredit foto: Sinar Harian
"olis kemudian menahan penghantar barang itu untuk siasatan lanjut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam.
Hasil soal siasat akhirnya membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira jam 11.10 malam hari yang sama.
"olis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dan merampas ganja seberat 1.6 kilogram. Mereka direman tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut," katanya.
Namun begitu, siasatan awal mendapati penghantar barang itu tidak mengetahui barang yang dihantarnya.
"olis percaya suspek kedua ini menggunakan khidmat orang tengah untuk menguruskan khidmat penghantaran 'barang' itu kepada penagih dadah.
"Dipercayai suspek ini juga aktif sejak dua minggu dan mencari pelanggannya menggunakan aplikasi sosial Wechat.
"Kes ini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - CARI |