View: 1767|Reply: 8
|
Adakah Pesakit Sembuh COVID-19 Akan Dijangkiti Semula?
[Copy link]
|
|
COVID-19 boleh kembali aktif semula pada pesakit yang sudah sembuh? Persoalan kepada kemungkinan ini menjadi kebimbangan global apabila orang awam terlalu risau akan dijangkiti semula.
Menurut Ketua Pengarah CDC, Jeong Eun-kyeong, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC) melaporkan kira-kira 51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan kembali positif, sama ada dijangkiti atau virus itu kembali aktif, di mana mereka diuji positif selepas habis tempoh kuarantin.
Kredit Foto - Facebook Dr Ahmad Samhan Awang
Menurut Dr Ahmad Samhan Awang, ini mungkin terjadi disebabkan ujian covid yang tinggi spesifikasi tetapi rendah sensitiviti.
Bermakna, jika positif, pesakit itu memang dijangkiti COVID-19. Jika negatif, belum tentu pesakit adalah negatif. Ia di panggil false-negative. Dalam keadaan ini, pesakit telahpun dijangkiti tetapi keputusan menunjukkan negatif.
Hal ini mungkin disebabkan jangkitan semula, tetapi belum dapat dipastikan kerana belum ada kajian saintifik mengenainya. Kita belum tahu siapa sasaran yang boleh dijangkiti semula dan apa faktor yang menghidupkan semula virus berkenaan.
Menurutnya lagi, apabila virus masuk ke dalam badan, sistem imun badan akan bertindak balas dengan virus (antigen). Ini akan menghasilkan antibodi yang akan melawan virus atau kuman tersebut. Antibodi akan kekal di dalam badan dan melawan virus andai kata dijangkiti semula.
Sebelum ini, ada laporan mengatakan COVID-19 akan bermutasi dan antibodi yang terhasil tak dapat mengenalinya. Untuk info, virus ini bermutasi tetapi virus agak stabil dan tidak bermutasi sebanyak influenza. Ia ada yang jenis L dan jenis S. Tapi influenza ada, H1N1,H1N2,H2N1 dan seterusnya.
Kebiasaannya, jika sudah dijangkiti, sepatutnya sukar untuk dijangkiti kembali. Mana-mana individu yang sembuh daripada infeksi virus jarang sekali akan dapat jangkitan kali kedua sebab mempunyai imuniti dalam tubuh untuk melawan penyakit berkaitan.
Kredit Foto - Slipsnack
Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan COVID-19. Walaupun sudah sembuh, teruskan amalkan langkah pencegahan yang betul seperti:
✅ Mandi dan basuh pakain dengan sabun selepas keluar beli barang keperluan.
✅ Duduk rumah
✅ Basuh tangan dengan sabun
✅ Pakai topeng muka
✅ Kekalkan jarak 1 meter
Langkah pencegahan sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam menangani isu wabak COVID-19 ini.
Kita belum memang, tapi kita juga belum kalah. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
In conclusion, masih banyak kajian perlu dijalankan untuk improve keberkesanan testing (false-negative) dan menghasilkan vaksin untuk betul2 ward off covid-19.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca juga artikel ini:
PKP Pun Penjawat Awam Sempat Buat Parti Liar
https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=53758 |
|
|
|
|
|
|
|
mampus mcm ni
lockdown bukan setahun mungkin sampai 5-10 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Grose at 15-4-2020 10:42 AM
duduk rumah (pkpmco)needs to be lifted up and enforcement on the rest on the list of safety measures, by the government, has to be stepped up like never before....at some point we have to be accountable for our own actions...thats wat the new norm is all about actually...and we will then be able to continue with our life...economy back running , jobs sustained and wat have you..
selagi manusia dinamakan manusia akan tetap ada segelintir of non compliance and we all have to make sure the gomen especially, that this minority cannot be allowed to suppress the majority who are able to live and adapt with the new world order...THE NEW NORM....inconvenience it may be..
|
|
|
|
|
|
|
|
iindeed... getting ready to adapt the new norm...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita belum kalah, yes. Tapi nak menang pun lambat lagi nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka yg dah pulih sila self quarantine dlm bilik bertoilet 2 week lagi. Nnt Abis org dlm rumah dan org yg pi sopping ko boleh jangkit tanpa sedar, itu kalau mereka ada rasa tanggung jawab tak selfish la |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting kita semua harus tingkatkan sistem imuniti dengan makanan yang tinggi antioksidan seperti pegaga, peria, minyak zaitun, labu, cuka, lemon . Kurangkan pengambilan process food seperti kuih, kek, roti kerana ini boleh menyebabkan imuniti kita lemah.
#boostyourimmunityprotectyourcommunity
#kitajagakita |
|
|
|
|
|
|
| |
|