Berita baik dan melegakan buat pekerja syarikat penerbangan AirAsia apabila Santan, sebuah syarikat makanan dan minuman dan jenama menu dalam penerbangan AirAsia memberi peluang kepada mereka untuk menjadi penghantar makanan yang dihasilkan syarikat tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, buat masa ini lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) bekerja secara harian merebut peluang tersebut dalam tempoh PKP.
Kredit foto: The Star Online
“Dalam menempuhi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kita perlu kekal kuat serta berani. Kakitangan Santan telah bekerja keras bagi memastikan makanan seperti nasi lemak Pak Nasser dan hidangan-hidangan lain dapat disediakan kepada semua sepanjang tempoh ini.
“Kami berharap dapat menyatukan rakyat Malaysia menerusi kasih sayang kita kepada makanan, sama ada semasa penyediaan atau penghantaran, kita semua #InThisTogether,” kata Pengurus Besar Santan, Catherine Goh.
Dalam pada itu, Santan mempraktikkan 70 peratus perniagaannya membabitkan penghantaran, manakala selebihnya untuk dibawa pulang. - CARI |