Biarpun pandemik Covid-19 ini membuatkan ramai yang sudah tidak bersemangat untuk mencari kelengkapan raya dan sebagainya, namun masih ada syarikat yang mempromosikan busana mereka. Namun, bukan itu yang diperkatakan warganet, akan tetapi cara penyampaian produk tersebut kepada khalayak yang seolah-olah menyeramkan.
Berkongsi di laman Twitter, pemuda ini menyatakan muzik video klip berikut agak tidak kena dengan baju dan tarian yang dibawakan.
Justeru itu, rata-rata netizen menyatakan mereka tidak memahami konsep yang dibawakan oleh syarikat tersebut. Apa kena mengena muzik dan liuk lentuk yang dipersembahkan?
Kredit foto: Twitter
"Iklan ni budak art je faham. Korg budak science, budak sastera, budak akaun jangan complain. Kita tak layak tahu benda benda mcm ni."
Twitter
Walaupun begitu, ada juga yang menyokong pembikinan video pemasaran yang kreatif ini. Tidaklah terhad pada idea lapuk setiap tahun.
IG
IG
Apa pun, ia antara video iklan baju raya yang kreatif. Sementelah lagi ianya tidak mencolok mata atau menyakitkan mana-mana pihak, jadi seni ini harus diraikan. - CARI
|