View: 9229|Reply: 125
|
[Tempatan]
COVID-19. Luahan doktor bengang dengan penduduk JB. Zon merah tapi tak diawasi P
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 16-4-2020 12:07 PM
Doktor bengang kerenah masyarakat di JB
SEORANG doktor mendakwa bengang susulan tindakan masyarakat di Johor Bahru dikatakan tidak mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain beberapa agensi kerajaan didakwa tidak menjalankan tugas sebetulnya bagi mengelakkan orang berhimpun.
Kenyataan itu diungkapkan menerusi video secara langsung berdurasi 12.26 minit di laman sosial Facebook (FB) Hairin Anisa Tajuddin pada 5.02 petang 14 April lalu.
Dia turut memaklumkan beberapa lokasi zon merah yang tidak diawasi dan kekecewaannya terhadap wabak Covid-19 yang dipandang remeh masyarakat.
“Doktor marah sebab dapat banyak aduan daripada pesakit hingga doktor jadi takut sebab Johor Bahru dah masuk zon merah, maknanya kita dalam keadaan berisiko tinggi untuk dapat pembawa tidak dikenal pasti lagi.
“Saya kecewa pesakit bawa anaknya pergi pasar raya di area Taman Bukit Mutiara, dia kata di situ macam tiada PKP, macam tiada orang jaga, kedai semua buka suka hati takada buat penjarakan sosial, orang selambanya berkumpul di situ.
“Banyak juga kes di Taman Daya, pasar di Larkin, tiada polis jaga, itu yang doktor jadi bengang sangat sebab masyarakat di Johor Bahru memang sengaja cari nahas.
“Memang sengaja nak suruh virus tu kejar korang. Doktor bengang sangat sebab masyarakat Malaysia punya mentaliti ini yang di Johor zon merah, ini degil sangat.
“Kita tahu virus ini boleh ada di permukaan beberapa hari. Kalau korang pergi bersondol sana berpegang pastu transmit dah jadi rantaian yang panjang. Dan sampai bila kita nak selesaikan ini? Bila rantaian ini akan berpanjangan? Kita tidak akan dapat kurangkan risiko penyebaran ini. Faham tak?
“Ekonomi itu bukan saya seorang sahaja yang rasa, semua orang rasa termasuk kerajaan sekali terpaksa tanggung manusia yang degil juga. Mereka tidak kerja, kumpul sana sini selepas itu minta insentif minta bantuan. Tapi kau degil. Bengang la ni. Kau minta bantuan itu ini pada kerajaan tapi bodoh pergi duduk lagi sana sini,” katanya.
Kenyataan itu turut mendakwa ada usaha pihaknya untuk melaporkan kepada pihak berwajib, namun tidak mendapat maklum balas sepatutnya.
“Yang doktor geram telefon Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk buat laporan, dia kata tak, kena Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dia kata telefon Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing. Mereka lebih berkuasa. Ok fine. Saya telefon IPD. IPD kata oh kita dah halau mereka tadi. Kalau mereka nak buat, kita nak buat macam mana. Amboi, kita dah zon merah kot. Dia kata kalau kita dah betul-betul lockdown baru kita akan kawal. Habis selama ni mereka tak meronda ke? mereka duduk di pejabat sahaja?
“Saya rasa polis perlu letak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau sukarelawan yang betul-betul nak buat kerja ini duduk di tempat yang degil. Saya nak cadangkan itu sahaja. Yang mana setiap tempat setiap daerah kena ada yang boleh halau mereka ini..bagi mereka jadi spy panggil polis datang waktu itu juga. Saya taktaulah kalau PDRM jawab macam ni, saya rasa orang akan ambil oh polis pun takkisah. Polis pun buat taktahu. Itu yang saya geram tu dengan PDRM tadi. Memanglah dia kata dia halau, tapi berapa kali mereka pergi tengok buat spotcheck.
“Doktor jadi macam ni sebab telefon doktor rasa ‘helpless’ sebab taktau buat macam mana lagi. Sebab kita ni tiada kuasa. MKN atau PDRM buatlah satu tindakan di tempat-tempat ini,” katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols zon merah ni pun pelik kenapa ramai org kluar waktu siang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-4-2020 12:09 PM
Iols zon merah ni pun pelik kenapa ramai org kluar waktu siang.
are you aware dear that those who are colour blind have difficulty distinguishing red from green ?
so berkhusnuzon ok?
heeeee
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri cakap berdegar2.. salah terus kena reman bagai... tp tgk la hakikat bawahan ni... kalo smpi polis pn kata dah orang nak keluar tak boleh buat apa... hm.... merah terus merah le jawabnya...
tolong la oiii... berkorban la skejap... sampai p kedai usung anak kecik apehal la bengong sgt ni.... aku ni dh xlarat berpkp dlm rumah.. jgn la sbb kebengongan korg, yg ikut arahan ni kena harung pkp lg |
|
|
|
|
|
|
|
Eh..negara kita kn 0 covid..mne ad merah..ijo blaka tu. |
|
|
|
|
|
|
|
DAh menteri pun 2 x 5 ke sana ke mari tak kena tangkap tak kena reman so? |
|
|
|
|
|
|
|
Grose replied at 16-4-2020 12:16 PM
are you aware dear that those who are colour blind have difficulty distinguishing red from green ? ...
Manak yg gross,
Iols pasti u tak kaler blind, kan? Hanya org2 yg kaler blind je yg tau |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 16-4-2020 12:51 PM
Staff hospital patut lempang 10 das pesakit Dan mereka buat ujian sbb pesakit itu tak pakai mask tak cuci tangan pergi jalan sana sini tidur 10 rumah berbeza bersembang cakap bersembur pergi kerja pergi soping 3 brg hari2 balik airport x mau kurantin petrol station pemalas tak cuci nozel pintu tak dettol tandas |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe yg ada anak kecik takut nak tinggalkan srg2 kat rumah but they have choices..upahlah runner....berkorban duit sedikit |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 16-4-2020 12:41 PM
DAh menteri pun 2 x 5 ke sana ke mari tak kena tangkap tak kena reman so?
kepimpinan melalui teladan that fails...
heeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Polis juga yang kena marah. Padahal orang Johor tu yang tak patuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-4-2020 12:41 PM
Manak yg gross,
Iols pasti u tak kaler blind, kan? Hanya org2 yg kaler blind je yg tau
cuba jgn ketegaq syg bila grose cakap...percayalah...
they honestly dont know or they are colour blind....sedangkan pemimpin pemimpin mereka saban hari mereka lihat berjimba kesini kesana....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti nak kena ada polis baru nak patuh ke
Takkan macam budak sekolah kot... ish . Tak paham laa |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 16-4-2020 12:39 PM
Eh..negara kita kn 0 covid..mne ad merah..ijo blaka tu.
mereka percaya kkm has been doing excellent job. covid under control.....as long as they observe kebersihan diri, social distancing, put on masks whenever they go out...they believe this is the only way to fight the virus...head on.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xpe doc. Biar je sampai area tu ke tahap lockdown. Kosser nak kawal manusia yg xdengar kata. Yg jadi mangsa, yg dh stay umah for the long time tp xdberi klonggaran utk certain regulation. |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 16-4-2020 12:55 PM
Mesti nak kena ada polis baru nak patuh ke
Takkan macam budak sekolah kot... ish . Tak pa ...
they RELIGIOUSLY follow the safety/ precautionary measures , bawak sanitizer with them ,social distancing as much as they can, put on masks at all time....can we really fault them sis?if this is wat they strongly believe the way forward in fighting this virus?
|
|
|
|
|
|
|
|
Miminnn replied at 16-4-2020 12:51 PM
Polis juga yang kena marah. Padahal orang Johor tu yang tak patuh.
bangsa johor please not org johor
thank you |
|
|
|
|
|
|
|
We are doing to good... Mati pun baru 80 lebih... Cuba kalau bilangan yg mati tu cecah 8000 orang... Yg berjangkit pulak cecah 200K.... Tak payah cakap pun diaorg tau duduk rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 16-4-2020 01:06 PM
We are doing to good... Mati pun baru 80 lebih... Cuba kalau bilangan yg mati tu cecah 8000 orang... ...
saikologically you are right...provided this figure can be transmitted throughout the whole nation termasuk setiap pelusuk pelusuk pendalaman....
hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ka org JDT tak boleh ditegur ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|