Menurutnya, Ason berjalan dari rumah ke rumah dengan harapan ada orang sudi membeli telefon bimbitnya yang rosak pada harga 10,000 rupiah iaitu lebih kurang RM3.
Difahamkan, lelaki itu nekad menjual peranti itu supaya dapat membeli sekilo beras untuk anak-anaknya.
Berikutan itu, Hotman menyeru pengusaha di Batam untuk menghulurkan sumbangan beras kepada golongan susah yang terjejas akibat Covid-19.
Sementara itu, usahawan dan YouTuber Putra Siregar menerusi IGnya turut berkongsi kisah pilu Ason yang menanggung lima anak.
Katanya, Ason tidak lagi bekerja sejak penularan wabak berkenaan di negara itu.
Walaupun isterinya masih bekerja, namun pendapatan 1 juta rupiah (RM276.29) tidak cukup untuk menanggung keperluan mereka sekeluarga.
"Semua anaknya tidak bersekolah, malah anaknya yang berusia tiga tahun mengalami masalah mental akibat lahir pramatang," katanya.
Menurut TribunnewsBogor, Ason menerima sumbangan daripada polis dalam bentuk wang dan keperluan asas. -
CARI