"Ada yang terkantoi sendiri, bagi akaun bank, tup tup dalam akaun bank ada cash rm38k."
Tidak dinafikan memang ramai orang susah atau miskin wujud di Malaysia, lebih-lebih lagi ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Maklumlah ramai yang sudah hilang kerja sehingga terpaksa meminta bantuan.
Bagaimanapun, percaya atau tidak ada segelintir manusia yang sebenarnya tidak layak memohon bantuan tetapi sanggup menipu semata-mata mahu hidup ditaja.
Perkongsian pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Adam Mukhriz menjelaskan mengapa permohonan lambat diproses. Ini kerana mereka perlu mengkaji setiap permohonan dengan lebih terperinci bagi mengelakkan penipuan.
Kredit foto: FB
Menurut Adam lagi, masalah ini sudah dihadapi bertahun-tahun lamanya dan ia melibatkan individu yang tidak bertanggungjawab. Malahan ada yang sanggup menipu tempat tinggal semata-mata untuk mendapatkan bantuan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
"Eh saya dok Pandan Perdana KL."
"Saya dok Kg Pandan Dalam KL."
"Saya dok Pandan Indah KL"
FB
"Nak senang, cek bil air umah hangpa, ada kat penjuru belah kanan atas. Kat situ ada kod negeri dan akan tulis tempat kita tinggal tu Kuala Lumpur atau Selangor"
Oleh sebab itu, apabila dilontarkan dengan pertanyaan bertalu-talu mengenai kelambatan proses pengagihan zakat, mereka akan menjawabnya dengan hemah. Namun, apabila disertakan dengan makian, mengamuk, berdebat dan menghentam, Adam dan pegawai lain juga turut lelah menanganinya.
"Ada yang menipu, tak dapat bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), dia mintak pulak kat KL, bila kita check, rupanya dah masuk dah bantuan dia RM500 dari LZS."
FB
Rata-rata warganet merasa terkejut dengan pendedahan tersebut dan tidak menyangka ada individu tergamak mengambil harta yang bukan haknya.
Maiwp
Dalam kegawatan begini pun, masih ada insan yang mementingkan diri sendiri, sanggup menipu kerana mahu mendapatkan 'hak'. Sedangkan ianya sebenar telah merampas 'hak' orang yang betul-betul dalam kesusahan. Semoga kita saling mengingati antara satu sama lain agar tidak lagi berlaku kejadian ini. - CARI
|