Perkara ini dikongsi oleh salah seorang ahli kumpulan itu, Muhamad Ariffuddin Shukri yang mengatakan dia dan rakan-rakan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlepas pandang oleh pihak berwajib dan turut terjejas akibat PKP.
Mereka telah berjaya mengumpul sebanyak RM5,000 tanpa bantuan pihak lain dan memperuntukkan RM50 bagi setiap keluarga. Barang keperluan yang mereka sumbangkan itu seperti beras, gula, minyak masak, susu, sardin, tepung dan roti.
Katanya, sehingga kini sebanyak 100 keluarga telah menerima bantuan daripada mereka.
Menurut Ariffuddin, aktiviti kebajikan ini turut disertai YB Bedul atau nama sebenarnya, Nik Mohd Samsul, 29, salah seorang pelakon dalam sebuah produksi arahan Syahmi Sazli (
influencer).
Tidak semua mat rempit adalah orang jahat. Mat rempit juga cakna akan kesusahan orang lain.
Teringat dialog filem Adnan Sempit " Muka je ganas, dalam hati ada taman". -
CARI