CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2626|Reply: 13

Buntu Di Rumah Sepanjang PKP? Ibu Ini Kongsi 37 Aktiviti Boleh Dicuba Dengan Ana

[Copy link]
Post time 17-4-2020 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Sedar tak sedar, sudah lebih sebulan lebih kita duduk di rumah sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan sedang membesar, pasti pening kepala mencari aktiviti yang sesuai dilakukan bagi mengelakkan kebosanan melanda si kecil.


Perkongsian seorang ibu di laman sosial mengenai 37 aktiviti bermanfaat ini pasti mampu merangsang kreativiti anak-anak.





Kredit foto: FB






Kredit foto: FB




Beliau memberi idea mengenai lukisan yang boleh dihasilkan tidak semestinya hanya menggunakan kertas dan pensil, tetapi lebih kreatif apabila beliau mencadangan lukisan yang ditampal pada dinding, cawan, t-shirt atau selimut.





Kredit foto: FB




Seterusnya, ibu bapa boleh memasak bersama anak-anak. Pilihlah untuk membuat makanan yang mudah bersama mereka agar aktiviti itu tidak mendatangkan tekanan pada anak sebab masak tak jadi!





Kredit foto: FB



Boleh juga ajak anak basuh kereta, motosikal atau basikal. Kemas almari pakaian, berlakon. Boleh juga bersenam di rumah atau memperkenalkan anak dengan permainan tradisional seperti congkak, ceper atau batu seremban

Banyak juga cadangan lain boleh dilakukan bersama anak seperti mengembalikan nostalgia dengan bermain permainan tradisional.











Kredit foto: FB





Gambar hiasan: Google




Beliau turut menyarankan agar bertanya kepada anak tentang tiga perkara yang membuatkannya gembira pada hari tersebut. Fokus pada perkara bahagia sahaja.


Ambillah peluang ini untuk memupuk ikatan ibu bapa dan anak yang lebih kukuh kerana anak yang baik selalunya hasil didikan terbaik di rumah. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mak bapa yg ok..yg xok..bgn pg lambat,tgk cite korea sepanjang hari..ermmm ko rasee
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 11:44 AM | Show all posts
thanks for the info TT
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.. esoknya buat xtvt apa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
I macam tak sempat buat bagai bagai ni sebab anak anak sentiasa ada homework dengan online classes. Sabtu ahad I memang betul betul rasa macam weekend biasa dimana itu la masa nak rehat and tengok tv. I am impress dengan parents yang rajin buat aktiviti despite anak punya class still on. Maknanya pandai la dia carik masa senggang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 02:08 PM | Show all posts
Boleh ler ikut buat mereka yang tak ada idea nak buat apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan baca kezzah supermOm yg acah2 bagus {:nose
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudia... 37 items on the list. Very organised puan. Semoga betul2 carry out semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 18-4-2020 12:47 PM
I macam tak sempat buat bagai bagai ni sebab anak anak sentiasa ada homework dengan online classes.  ...

Sama sis.. routine biasa ari isnin smpi jumaat dari pagi smpi tgh hari,  budak2 ada skola nye online home based learning. Lepas tu homework yg cikgu2 bagi. Lepas tu tuition online atau buat buku ulangkaji. Dah petang baru dorang start main2 sendiri. Kejap jer dah malam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
alamak. terasa aku ni mak yang loser plak takde rancang apa-apa aktiviti menjana minda anak-anak. biarkan aje anak main parit hari hari.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 08:14 AM | Show all posts
Edited by faraway1 at 18-4-2020 08:19 PM

my 4 years siap masak breakfast sendiri lagi
mak tengok aje sebelah.. ialah dia suka tolong mak di dapur,so itu ajelah aktiviti selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 05:28 PM | Show all posts
ini aktiviti utk anak yg belum sekolah lagi la kot. yg lasak2 tak reti duduk diam.

budak sekolah dah byk aktiviti online class dgn segala mala homework kuiz kena buat. masa senggang layan kartun, video kat youtube, kerja2 rutin kat rumah...tgk2 je dah malam.





Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku dah baking, buat kuih. Cita cita skarang dh tukar nak jadi chef pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2020 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Useful info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.121572 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list