CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10271|Reply: 109

Polis kenal pasti keluarga balik KL

[Copy link]
Post time 17-4-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MyMetroUtama

POLIS sudah mengenal pasti seorang lelaki dan keluarganya yang tular di media sosial pulang ke Kuala Lumpur dengan menipu pihak berkuasa dan memberi ‘tips’ untuk mempengaruhi orang ramai ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam tular di media sosial berkaitan lelaki terbabit yang memberi ‘tips’ bagaimana ingin menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya nak beri peringatan kepada semua jangan pengaruhi orang lain untuk ikut tindak tanduk mereka.

“Polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan diambil kepada mereka kerana tiada sesiapa boleh terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi mereka mengakui ingkar arahan PKP,” katanya pada sidang media harian di Putarajaya, di sini, hari ini.

Ismai Sabri berkata, jangan bangga melakukan kesalahan dan menganggap diri seperti hero yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki memberi alasan ingin membuat pemeriksaan anak di klinik kesihatan dan tiada orang yang dapat menjaga anak menyebabkan mereka keluar sekeluarga.

Mengulas mengenai dakwaan polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pesalah PKP, beliau berkata, tindakan polis itu mengikut Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana pegawai termasuk polis yang diberikan kuasa melaksanakan perkara berkaitan akta itu.

“Segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum mengikut akta itu dan kanun keseksaan...jadi jika ada yang persoalkan kuasa polis saya ingin jelaskan polis memang berkuasa bagi melaksanakan tugas apa yang termaktub dalam akta itu,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh jgn ditunjuk, dah lepas boleh oulak bg tips di media sosial..mudah2an anak ko tidak mewarisi kebodohan itu memandangkan kebodohan is free
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoilah kalau dah terdesak sangat nak balik kl tu diam2 dah le... kan dah kena kejar dek polis
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah mohon maaf...hehehe, senangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 08:42 PM | Show all posts
harap orang ramai dah insaf bila dah faham kadang apa yang hero perasan ni buat sebenarnya adalah crime...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tp yg share kt public tu dia ke or kwn dia. putus sahabat la pasni klu kwn dia yg share. adalah tu yg buat sakit hati tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2020 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kita nak cepat2 tamat PKP.. ada pulak yg sengaja nak lanjut PKP
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alep sokri bila nak ambik tindakan.
Siapa bawak anak2 balik umah mak.

Pastu guna alasan throwback.
Lehnet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2020 09:13 PM | Show all posts
Supaya perkara ini menjadi pengajaran buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice!!!!.

Kenakan tindakan tegas. Denda ribu2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde post original ke? Apa tips yang diberikan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 17-4-2020 08:38 PM
Bodoh jgn ditunjuk, dah lepas boleh oulak bg tips di media sosial..mudah2an anak ko tidak mewarisi k ...

Mewarisi kebodohan takpe lagi, kalau mati kiok baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 10:53 PM | Show all posts
X pasal pasal jer polis cari
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tips nya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai la yg sakit hati.
Ko kena tau berapa ramai yg tsadai kat kg mentua x boleh blk rumah sejak 14 mac. Pahtu ko senang2 upload cite boleh lepas. Tak bengkak ke hati netizen yg tsadai
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah. Bangga naww dapat tipu polis then post on socmed. Polis pun layan socmed tauuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 17-4-2020 08:43 PM
tp yg share kt public tu dia ke or kwn dia. putus sahabat la pasni klu kwn dia yg share. adalah tu y ...

Tu lah isunya, kalau dia yg share sendiri mmg bodoh...tp kalau org lain yg SS dan share mmg celaka lah....

Sama mcm kes group telegram retis, yg celaka org yg SS dan bagi leak tu lah....

Mcmlah korg x pernah membawang dlm group wasap/telegram private
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau kena dok diam2... mendapat la
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau perkara yg awak buat tu salah..dendiam je..xyah nk put status kt wasap ke kt socmed ke..zaman skrg laju je nk viral..

nxt time mkn byk skit DHA supaya sel2 otak terus berkembang
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dia balik ke kl dari negeri mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 1.709643 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list