Beberapa hari lepas, video secara langsung yang telah dibuat oleh Dato Seri Aliff Syukri menjadi kecaman orang ramai. Dalam video tersebut, Aliff Syukri cuba menunjukkan demonstrasi penutup muka dan hidung yang dijualnya kepada pengikutnya.
Beliau cuba menunjukkan yang penutup muka yang dijual itu sebagai kalis air namun selepas diletak air, penutup muka dan hidung itu kantoi bocor. Rata-rata netizen menyedari wajah Aliff berubah dan beliau cuba menutup kesalahan dengan berbuat biasa sambil memotong buah mangga. Lebih lucu, apabila beliau cuba pula meletak air di atas penutup muka biasa dan terbukti penutup muka 'standard' itu lebih berkualiti kerana kalis air.
Apabila terus 'dibantai' netizen ketika video secara langsung itu, Aliff Syukri mengatakan dengan kesal "orang Malaysia memang suka cari salah saya".
Kredit: Youtube BESIHITAM
Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah, Wan Dazrin Wan Din yang menegur Aliff. Beliau mengatakan tindakan Aliff ini adalah haram dalam Islam dan dosa besar serta penipuan secara terang-terangan.
Kredit: Instagram wandazrin
Video ini juga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila tular dan dikongsikan di laman komuniti antarabangsa Reddit.
Kredit foto: Reddit
Video tersebut diletak di halaman utama Reddit, iaitu laman komuniti internet terkemuka di Amerika dan Eropah. Tajuk video itu ialah "Dia cuba membuktikan topeng muka biasa tidak berkesan tetapi akhirnya tidak berjaya dan dikecam".
Reddit adalah salah laman web sosial yang mendapat rating tertinggi. Reddit menjadi media informasi yang digunakan ramai orang untuk mengetahui tentang isu-isu yang hangat dibicarakan pada masa kini.
Harap Aliff Syukri belajar daripada kesilapan dan cuba perbaiki mutu barangan yang dijualnya. Sebab bila dah kantoi, beliau dan keluarga beliau juga yang menanggung malu. - CARI
Post time 20-4-2020 09:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sibuk je si wan dazrin ni... dulu sibuk hal uqasha...
Si tok lip ni memang lawak.. patut ler kaya raya.. jual barang murah jual harga yahudi.. pastu bodoh
i sempat melihat beliau di I can see your voice 7 tak berapa lama dulu
cuma this is something i observed - mungkinsomeone boleh address tentang impulsivity and those impulsive behaviour - especally verbal output dia...i mean itu tak funny. seriously.
Post time 20-4-2020 11:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
haruslah replied at 20-4-2020 11:02 AM
muka xleh belah betol
nampak sgt x test dulu fm tu
Dia sebenarnya test yg tiup lighter tu je.. ntah sedut ke hembus..nipu je.. pastu ada netz soh test letak air.. terus ler dgr cakap netz tu letak air.. sekali tembus... terkulat2 gi potong buah