Pelakon yang kini sarat hamil, Fasha Sandha mengakui kecewa kerana barangan yang dipesan online, ternyata indah khabar dari rupa.
Kredit foto: Instagram Fasha Sandha
Fasha yang meluah perasaan geram dan kecewa beliau di laman instagramnya kelmarin, telah mendapat reaksi peminat.
Menurutnya, dia telah memesan bantal khas untuk ibu mengandung yang dikenali sebagai 'materniti pillow' supaya tidur lebih lena kerana kandungannya yang semakin sarat dari hari ke hari.
"Realiti dan jangkaan.. memandangkan dah masuk third trimester, badan dah mula lenguh dan perlukan bantal ini..,"
"...sungguhla kepam..teruk, bad quality," luahnya lagi.
Fasha turut terkilan di atas kualiti barang yang dipesan kerana sudah lama menunggu hampir tiga minggu untuk sampai ke tangannya.
Ramai peminat yang mengikuti luahan Fasha termasuklah rakan artis mengatakan bahawa kualiti barang yang dibeli online memang sangat berbeza dengan yang dibeli di kedai, maka perlu berhati-hati apabila memilih kedai online.
Mungkin pembawakan budak agaknya, Fasha menjadi lebih emosi daripada biasa. Sabarlah ya! - CARI
|