Kredit foto: Instagram ashrafmuslim
Geram agaknya dengan segelintir pihak yang masih berdegil, pelakon Ashraf Muslim menerusi Instagramnya menyeru rakyat Malaysia supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Wahai rakyat Malaysia. Tolong jangan terlalu dedahkan diri di luar. Duduk rumah baik-baik dan keluar rumah bila perlu untuk beli barang sahaja. Kalau tetap berdegil kami, pesakit Covid-19 akan jaga ‘roadblock’, mahu ke?” luahnya.
Ashraf yang positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh kemudian menjelaskan bahawa ia sekadar gurauan dan berharap orang ramai menghormati PKP serta mendengar nasihat kerajaan.
“Jangan marah ye, ini hanya gurauan. Kepada rakyat Malaysia, hormatilah perintah kerajaan. Sekejap je ni," katanya yang turut meminta orang ramai bersabar dengan situasi negara sekarang.
Sebelum ini, Ashraf merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang disahkan positif COVID-19 selepas Puteri Aishah dan PU Riz.
Ashraf dan Puteri Aishah dijangkiti wabak itu selepas pulang dari menjalani penggambaran drama 'Demi' di Scotland bersama Ben Amir, Puteri dan Hasnul Rahmat pada 31 Mac lalu.
Puteri Aishah dikhabarkan telah sembuh daripada wabak ini. Moga Ashraf Muslim dan semua pesakit Covid-19 juga akan segera sembuh. Yang penting, semua kena patuh dengan PKP untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 ini. - CARI
|