View: 23498|Reply: 150
|
'Selamat tinggal dunia seni'
[Copy link]
|
|
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Harris Baba, 29, akhirnya membuat keputusan meninggalkan dunia seni selepas kerjayanya tidak menunjukkan graf peningkatan selama tiga tahun.
Semangat membara mencipta populariti, lenyap perlahan-lahan apabila kerjaya nyanyian dan lakonan semakin malap. Tidak seperti awal kemunculan bersama single Katakan dan drama rantaian, Isteri Tuan Ihsan yang dilihat melonjak nama dan populariti pada 2016.
Bagaimanapun, sekelip mata graf popularitinya menjunam selepas dua tahun berehat dan menumpukan perhatian perniagaan keluarga di Sabah.
Akur dengan takdir dan ketentuan, Harris atau nama sebenarnya, Khawaja Mohammad Harris Baba percaya keputusan mengundurkan diri adalah pilihan terbaik, buat masa ini. Apatah lagi, dua single berjudul Bagaikan Selalu dan Love Me gagal meraih perhatian peminat.
Pengorbanannya berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu dan terpaksa meninggalkan anak dan isteri bagaikan tidak berbaloi apabila usahanya untuk menempatkan diri dipandang sepi.
“Saya berulang alik hampir setiap minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tiada rezeki saya menempa nama, jadi saya fikir keputusan mahu berundur diri adalah jalan terbaik.
“Saya berundur diri secara baik daripada syarikat rakaman, World Peace Entertainment walaupun baru lapan bulan menandatangani kontrak.
“Cukuplah, saya berada dalam industri hiburan. Jika diteruskan sekali pun, saya bimbang kerjaya berada di landasan yang sama. Jadi, saya harus bijak membuat keputusan,” katanya kepada BH Online.
Harris berkata, dia banyak banyak terlepas momen indah bersama isteri, Nik Naziha Zawawi dan dua cahaya mata, Aleena Ziya, 4, dan Muhammad Umar Baba, 2, sejak tiga tahun lalu. Jadi, inilah waktu untuknya menembus kembali masa yang terbuang.
Penyanyi kelahiran kota Singa itu berkata, dia semakin seronok menguruskan perniagaan bersama isteri. Perniagaan milik kakak iparnya diserahkan kepada Harris dan isteri, sejak setahun lalu.
Harris berkata, dia melihat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hikmah buat dirinya. Selain menumpukan sepenuh perhatian buat keluarga kecilnya, dia juga mengambil kesempatan memperbaiki diri sebagai seorang muslim.
“Saya terlalu sibuk dengan kerjaya dan banyak terleka sebelum ini. Bagaimanapun, setiap masa saya berada di rumah sepanjang tempoh PKP. Jadi, saya memanfaatkan waktu senggang ini untuk memperbaiki diri dengan menjaga solat dan banyak melakukan amal ibadat lain,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suara best. Lagu love me pun slalu kluar kat radio.
Aura kureng kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kahwin awal sangat buatkan peminat perempuan tidak teruja atau merasa rugi gilakan dia tanpa peluang berangan untuk jadi isteri dia.
Nak jadi artis ,dah ada rupa, ketinggian pun cukup tp janganlah kahwin awal sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
statement bodo ko tu sesuai dengan status ko sebagai penduduk tetap Tanjung Rambutan the Hospital of Bahagia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaa sayangnya helokk camni nak bersara dah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Bini kaya.. better buat je bisness ngan bini... lagi masyukk |
|
|
|
|
|
|
|
Mula herlok tpi tu la xd rezeki kot atau mungkin sbb stay sabah buat susah nk joint apa2 event selalu buat org xnmpk dia sgt |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sebab chuols takde faktor rembesan yang boleh buat acik tiwi dan dak twitter pecah ovari? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cruz2 at 19-4-2020 10:09 PM
Aiyoooo..dh kawin dgn anak org kaya berbiras lg dgn adik neelofa buleh la ckp nk bersara bagai..tp iols suka dgr dia speaking.smooth jer..bm dia pelat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga bisnes jelah...jadi artis pun bkn semua boleh berjaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin dgn orka. Hidup mewah. Buat apa susah2 nak jadi artis. Baik focus family dan bisnes |
|
|
|
|
|
|
|
Babai lagu apa dia nyanyi aku pun tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
suara live hancur. spesies aziz harun. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu nak kitaorg semua kat sini pakat duk mggelabah tetek ke ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Takde masalah pun sekarang ni...lagu last tahun 90an pun masih dipetik ngan title penyanyi sampai kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana replied at 19-4-2020 09:54 PM
Dia kahwin awal sangat buatkan peminat perempuan tidak teruja atau merasa rugi gilakan dia tanpa p ...
I think so too..xsempat nk rembes..haha |
|
|
|
|
|
|
|
halah halah, kaya kan buat apa jadi retis...dok nga bini je lah hari2 masyuk |
|
|
|
|
|
|
|
buatlah album Sabah...oh lupa dia tak reti sangat cakap bm |
|
|
|
|
|
|
| |
|