Ramai bakal pengantin resah gelisah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Malah, ada yang terdesak hingga sanggup meninggalkan kata-kata ugutan kepada mufti selepas pernikahan mereka terganggu.
Kredit foto: Malaysia Wedding Directory
"Beberapa mufti menceritakan bahawa ada pasangan yang merayu supaya mereka diberi kebenaran untuk mereka bernikah ketika PKP ini, sedangkan jabatan agama Islam minta tangguh terlebih dulu.
"Mereka merayu dengan mufti supaya permudahkan urusan mereka sebab mereka nak nikah, bukan berzina.
"asangan berkenaan berkata kepada mufti, kalau mereka berzina mufti perlu tanggung dosa mereka," kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin kepada Malaysiakini.
Lantaran itu, mufti dan jabatan agama Islam terpaksa mencari jalan menyelesaikan selari dengan ajaran Islam yang menyarankan urusan perkahwinan seharusnya dipermudahkan.
Menurut laporan, Selangor sudah memberi kebenaran pasangan bernikah melalui sidang video dalam tempoh PKP.
Kredit foto: MalaysiaKini/AlHijrah
Bagaimanapun mereka perlu mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri memberi kebenaran pasangan yang ingin diijabkabulkan dalam talian sepanjang tempoh PKP. - CARI |