"Tolonglah! Dah tak tahu nak cakap apa!"
Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi dalam satu kemas kini di Instagramnya berkata demikian yang ditujukan kepada segelintir pihak masih ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam hantarannya itu, Aznil sertakan sekali video luahan seorang doktor menceritakan ada kawasan yang seolah-olah tiada PKP!
Video itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet baik positif, mahupun negatif termasuk pengacara GoShop, Raianna.
Kredit foto: IG
Katanya, dia bukan berkeliaran dalam tempoh PKP, sebaliknya keluar rumah atas urusan kerja.
Bagaimanapun, Aznil dilihat kecewa dengan kenyataan Raianna itu.
Tegasnya, nyawa lebih penting berbanding kekayaan dan wang ringgit.
Kredit foto: IG
"Cukup-cukuplah buat duit tu, cakap dengan bos awak!" balas Aznil.
Marah betul Paknil. Apapun, stay safe semua. Patuhi penjarakan sosial ketika di luar rumah. - CARI
|