Setelah beberapa orang artis melibatkan diri dengan aplikasi muzik Tik Tok, penyanyi nombor 1 negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza turut tidak ketinggalan membuka akaunnya sendiri di aplikasi tersohor ketika ini.
Tetapi, dah nama pun penyanyi terkenal, banyak pula akaun Tik Tok yang mempunyai nama sama dengan Siti hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan para peminatnya.
Menerusi akaun Twitter, Siti menegaskan akaunnya sudah diperakui pihak Tik Tok dengan memakai baju hijau walaupun akaunnyan jauh ketinggalan dengan akaun palsu yang jumlah pengikutnya 149,600 orang.
Kredit foto: Twitter
Setelah tersebarnya berita tersebut, akaun Siti telah meningkat kepada 53,500 jumlah pengikutnya. Namun, dalam masa yang sama akaun palsu pula telah menukar nama kepada Siti Nurhaliza Tarud, mungkin dengan harapan mahu mengelirukan peminat. Lebih teruk, penyamar juga menukar gambar Siti berpakaian warna merah kepada warna baju yang sama. Hal ini membuatkan para peminatnya berasa marah.
SIti Nurhaliza
Menurut mereka yang mempunyai akaun Tik Tok, akaun penyamar tersebut sebenarnya adalah peminat Siti Nurhaliza sendiri dengan meletakkan nama Ctloveu. Bagaimanapun, setelah ramai yang membuat laporan terhadap akaun penyamar, ianya terus hilang dari radar.
Tidak hanya penyamar itu, rupa-rupanya ramai juga yang memiliki nama sama dengan Siti tetapi pengisiannya berbeza.
Tik Tok
Ramai pula yang teruja untuk memiliki akaun Tik Tok ini setelah penyanyi kesayangan ramai ini mula menceburi video 15 saat ini.
IG
Apa pun, pastinya penyamar itu hanya mengagumi Siti Nurhaliza dan bukannya mahu merampas kedudukan Siti di aplikasi tersebut. Terkini akaun Siti kian menghampiri jumlah 100,000 pengikut dan dijangka makin meningkat apabila Siti membuat lintas langsung menyanyi bersama pengikutnya 22 April nanti.-CARI
|