Kalau dulu semasa Emma Maembong masih bujang, sering saja kita lihat beliau dan rakan artisnya, Alvin Chong mesra dan rapat bagaikan pasangan kekasih.
Kredit foto: Instagram Alvin Chong
Malah, ada juga gosip melibatkan mereka berdua apabila dikhabarkan berpacaran dalam diam. Namun, ternyata sangkaan itu meleset apabila Emma telah selamat bernikah dengan pujaan hatinya pada tahun ini.
Namun, Alvin yang ditemui baru-baru ini oleh mStar Online mengatakan, dirinya telah di'unfollow' Emma di Instagram. Eh kenapa pula ni?
Kredit video: mStar Online
Menepis dakwaan Emma 'lupa kawan', Alvin mempertahankan nama baik teman rapatnya itu apabila mendakwa dia dan Emma masih ber'video' call walaupun sudah berkahwin.
Baginya, itu terpulang kepada individu untuk unfollow atau follow di mana mana media sosial kerana persahabatan tidak harus dinilai melalui laman sosial.
"Emma memang dah lama unfollow semua orang, bagi saya itu adalah haknya. Persahabatan saya dan Emma tak boleh dilihat berdasarkan laman sosial.
"Kami berhubung saja seperti biasa sebagai rakan. Apa yang dia nak buat di online itu adalah haknya. Tak semestinya kami tak berkawan kalau dia tak follow saya pun," ujarnya lagi.
Apa-apapun, harap semuanya okey sahaja ya! Jangan pula bergaduh sesama sendiri disebabkan media sosial! - CARI
|