Ketua 'angkatan perang' Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menghapuskan wabak Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57.
Barangkali tahun inilah sambutan hari lahir paling meriah dan bermakna bagi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook
Rata-rata orang ramai mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Dr Noor Hisham di media sosial.
Warga maya turut mendoakan agar Dr Noor Hisham terus diberi kekuatan mengemudi pasukan barisan hadapan KKM dalam menghapuskan wabak pembunuh global Covid-19.
Dr Noor Hisham sebelum ini pernah dinamakan sebagai tiga doktor terbaik dan paling diyakini di dunia atas usaha memerangi wabak Covid-19.
Pengiktirafan oleh stesen televisyen China, Global TV Network itu bukan sahaja membanggakan negara malah membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia telah melakukan usaha terbaik bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Selamat hari lahir Dr Norhisham. - CARI |