“Boleh datang ke kebun timun saya dan boleh ambil sendiri berapa banyak pun kerana semuanya percuma."
Murahnya hati Yusop Itam, 60, pekebun sayur di Kampung Ulu Cheka, Jerantut.
Memetik laporan Harian Metro, Yusop membenarkan mana-mana pihak untuk memetik sendiri timun berkenaan di kebunnya kerana banyak tidak terjual sejak PKP.
Mereka yang berminat juga boleh mendapatkannya di kedai runcit anaknya yang terletak di Tanjung Puteri.
Kredit foto: Harian Metro
“Sejak PKP timun saya sukar dipasarkan ke Pasar Borong Selayang kerana tiada lori yang hendak ambil dan setakat ini hanya sempat jual dua tan sahaja.
“Sedangkan timun yang ditanam di tanah berkeluasan 0.8 hektar mampu mengeluarkan hasil antara satu tan ke 1.5 tan setiap sehari.
“Disebabkan itu, saya buat keputusan beri percuma sahaja timun ini kepada sesiapa yang memerlukan daripada membiarkan ia rosak begitu sahaja,” luahnya.
Katanya lagi, dia sudah menanam timun sejak awal Februari di atas tanah yang disewa dan dibantu empar pekerja.
“Timun di kebun itu boleh bertahan kira-kira seminggu sebelum ia terlalu masak dan tidak sesuai dimakan dan ketika ini, saya sudah menghentikan segala pengeluaran dan memetik.
“Walaupun rugi tetapi saya akur kerana ini fenomena melanda dunia bukan di Malaysia sahaja. Saya reda dan anggap ini satu sedekah,” ujarnya. - CARI |