View: 10198|Reply: 116
|
[Tempatan]
"Tolong jaga emak dan abah ya" - pesanan terakhir seorang jururawat ya
[Copy link]
|
|
MUAR: "Tolong jaga emak dan abah ya." Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi.
Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu.
Katanya, Allahyarham ketika itu menelefon ibu mereka, Rodiah Mohd Don, 57, bagi memaklumkan keadaannya kerana perlu dirawat di ICU namun berikutan mereka sekeluarga berada dalam kenderaan kerana baru selesai melakukan saringan COVID-19 menyebabkan suara kakaknya itu tidak didengari ibunya.
"Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya sentiasa jaga emak dan ayah. Kakak berkata selepas ini beliau akan 'ditidurkan' di ICU bagi memasukkan ubat ke dalam badannya.
"Ketika itu sudah terdetik rasa sayu namun saya tidak sampai hati untuk memaklumkan emak dan abah kerana tidak mahu mereka susah hati.
"Itulah kali terakhir kakak bercakap dengan ibu dan saya sebelum menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi, " katanya sebak ketika dihubungi.
Jenazah Nadila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serom 1, Sungai Mati, Tangkak, Muar, tengah hari tadi.
Mengulas lanjut, Nabiha berkata, Nadila sudah 10 tahun menjadi jururawat dan bertugas di HPSF Muar.
Katanya, kakak seorang yang ceria namun jarang berkongsi masalahnya dengan keluarga berikutan tidak mahu mereka bimbang.
"Kakak sudah mula tidak sihat awal April lalu dengan batuk dan tidak berselera makan, namun kami tidak mengesyaki apa-apa.
"Kakak hanya maklumkan kepada keluarga beliau perlu menjalani kuarantin kerana menjadi suspek jangkitan COVID-19 hanya di saat akhir sebelum pergi ke pusat kuarantin di Pagoh pagi pagi 5 April lalu.
"Itulah kali terakhir kami sekeluarga bertemu kakak.
"Beliau meminta emak membantu mencari beg pakaian namun menegah ibu datang berhampirannya ketika mahu menolongnya mengemas pakaian.
"Ketika itu emak sudah berasa tidak sedap hati namun seperti kakak, emak hanya memendam saja perasaan sedihnya itu sehinggalah kakak perlu dimasukkan ke ICU 7 April lalu," katanya.
Beliau berkata, keluarganya terutama bapa mereka, Rahmat Johan, 65, dan emak sering melakukan solat hajat dan membaca surah Yassin bagi mendoakan kakak sembuh seperti biasa.
"Namun malam tadi, apa yang kami sekeluarga takuti terjadi juga apabila hospital dan doktor menghubungi keluarga kira-kira jam 10.30 malam menyatakan keadaan kakak semakin tidak stabil," katanya.
Panggilan kedua dari hospital memaklumkan kakak semakin kritikal dan meminta keluarga bersedia apa jua kemungkinan dan panggilan ketiga, pula memaklumkan kakak sudah meninggal dunia.
"Keluarga kami reda dengan pemergian kakak namun kami kehilangan seorang kakak yang suka berbakti kepada keluarga dan masyarakat dan tidak lagi dapat menyaksikan keletahnya menyediakan hidangan berbuka puasa seperti selalu, " katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-4-2020 05:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nadila Rahmat (kiri), 32, jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) Muar, meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) , Kluang, bersama ibunya, Rodiah Mohd Don, 57, bergambar di hadapan rumah mereka di Muar. - Foto ihsan keluarga |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai...muda lagi.. maknya pun masih muda |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnarajiun.... |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahi wainna ilaihi rajiun . hmm baya iols |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Semoga Allah tempat rohnya arwah dikalangan org2 yg beriman dan keluarga arwah diberikan kekuatan mengadapi kehilangan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirrajioun moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh
org Serom 1 rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nazzse at 23-4-2020 09:43 AM
Innalillah, muda lagi, ada hypertension, tekanan kerja, penat maybe. DG nampak mengeluh panjang bila umumkan pasal dia tadi, satu kerugian utk kkm bila kehilangan anggota. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurse ni dpt covid sbb pergi mana2 event ke... bukan dapat direct dari pesakit kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirajiun.. takziah utk keluarganya... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tenang kt sana ya nadila..mudah2an keluarga arwah pun tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirajiun.. moga rohnya dicucuri rahmat Allah.. Insha Allah sedeynye |
|
|
|
|
|
|
|
dia dpt jangkitan dr mana.. sedihnyaaaa bila aku baca yg dia siap2 nk pegi kuarantin, mak dia nk tlg kemas tu.. last jumpa x boleh pelukk... |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg tak kena pd keluarga tersayang blhla kata tak nak mco....duit lebih ptg. Hal nyawa bukan blh cari lain dah...duit blh cari |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah KKM Dato Noor Hisham dan beritahu setakat ini anggota KKM yg dijangkiti Covid-19 tiada kena mengena dengan pesakit Covid-19 yg sedang dirawat........
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga rohnya dicucuri rahmat....... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah!
Sedih baca kisah dia |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. takziah buat keluarganya..
sedihnya bila arwah diberi peluang untuk
buat panggilan telefon yang terakhir.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat keluarga arwah..
sedihnya tak dapat jumpa peluk and cium buat kali terakhir |
|
|
|
|
|
|
| |
|