Sanggup menyalahgunakan kad petugas ibu untuk melepasi sekatan jalan raya, seorang lelaki ditahan di Plaza Tol Bertam, Kepala Batas petang semalam.
Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian 4.45 petang, lelaki berusia 25 tahun memandu seorang diri melalui sekatan jalan raya di laluan khas dengan mempamerkan kad petugas kesihatan.
Namun, didapati kad itu bukan miliknya tetap merupakan milik ibunya yang bertugas di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Gambar hiasan. Kredit foto: Astro Awani
“Lelaki itu memaklumkan bahawa ingin mengambil ibunya di hospital namun tindakannya menyalahi undang-undang.
“Oleh itu, lelaki terbabit ditahan untuk tindakan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy.
Katanya lagi, lelaki itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan (11) 1 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. - CARI |