Manusia lebih gemar mencipta persepsi tentang sesuatu perkara dan mengatakan mereka tidak bijak jika terlihat ada yang membuat sesuatu tindakan yang kita rasakan pelik.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Facebooknya berkongsi satu kisah mengenai pesakitnya apabila wabak Covid-19 mula melanda negara kita.
Menurutnya, beliau berasa pelik melihat gelagat pesakitnya ini hingga menyangkakan yang bukan-bukan.
Mana tidaknya, di saat orang ramai memakai topeng muka, pesakitnya ini hadir ke klinik dengan memakai topi berjaring pula.
Kredit foto: FB Dr Kamarul Ariffin
Rupa-rupanya, ada sebab pesakit itu memakai topi berjaring.
Kredit foto: FB Dr Kamarul Ariffin
Kredit foto: Gambar Hiasan
Nak mengelak daripada menyentuh muka rupanya. Kreatif dan bijak sekali cara pesakit ini untuk membendung tabiat ( break the habit) menggunakan suatu halangan sebagai peringatan.
Dalam hal ini, jaring pada topi berkenaan menjadi peringatan itu.
Kredit foto: FB Dr Kamarul Ariffin
Menurut Dr Kamarul lagi, ia merupakan peringatan buat dirinya di masa akan datang. Apabila nampak orang buat perkara pelik, kita kena selalu bersangka baik dan selidik terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan bukan-bukan.
Nilai sesuatu itu dengan ilmu, bukan dengan prasangka. - CARI
|