Amelia Henderson antara pelakon yang agak 'daring'. Tetapi, dia juga tidak kisah dengan kecaman warganet terhadap penampilannya.
Namun, apabila ada lelaki di laman sosial yang membandingkannya dengan penyanyi Wany Hasrita, dia mula bersuara.
Manakan tidak, pengguna Twitter itu menjadikan gambar kedua-dua selebriti tersebut sebagai perbandingan antara "Apa yang lelaki suka" dengan "Apa yang lelaki mahukan" seolah-olah menyatakan lelaki menyukai wanita seksi sepertinya, tetapi apa yang lelaki mahukan adalah wanita bersopan seperti Wany.
Hal ini membuatkan Amelia meletakkan kata-kata hikmah bahawa lelaki yang berfikiran seperti ini tidak akan mendapat apa-apa pun.
Kredit foto: Twitter
Bagi Amelia, lelaki sebegini yang kononnya bercakap mewakili lelaki lain adalah pengecut. Bagaimana lelaki itu boleh menentukan wanita mana yang harus dipilih oleh lelaki?
Kredit foto: Twitter
Luahan Amelia mendapat sokongan warganet lain yang berpendapat lelaki tersebut hanya menggunakan nafsu sahaja dalam berkata-kata.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
Lebih teruk apabila lelaki itu tidak berani menonjolkan dirinya yang sebenar dan akhirnya menyahaktifkan akaun tersebut kerana tidak tahan serangan bertubi-tubi.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
Nampaknya, tindakan Amelia telah membuatkan 'pemangsa' ini berundur. Tanpa sebarang kata-kata kesat atau menaikkan nama dan gambarnya, pelakon jelita kacukan India-Scotland ini mampu membuatkan lelaki itu malu sendiri. - CARI
|