Kedengaran seperti lucu, tetapi ia adalah realiti masyarakat kita hari ini. Yang dilarang itulah yang dilakukan segelintir umat Islam walaupun menyedari ianya satu kesalahan.
Sementelah bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan kekuatan iman untuk menahan lapar, dahaga dan keinginan di siang hari disalahguna terutamanya pasangan suami isteri yang masih 'berdarah panas'.
Persoalan yang sering timbul adalah apa yang harus dilakukan apabila telah 'bersama' ketika azan subuh berkumandang.
Inilah yang dikupas seorang Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Faisal Rahim
Kredit foto: Twitter
Menurut Faisal lagi, trend membimbangkan ini mungkin disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga tujuh minggu yang membuatkan pasangan suami isteri muda ini terjebak melakukan kesalahan.
Dan untuk info, kebanyakannya berlaku selepas sahur hingga terlajak ke waktu subuh.
Kredit foto: Twitter
Gambar hiasan
Kredit foto: Freepic
Untuk itu, Faisal turut memberikan beberapa tip kepada pasangan yang telah terlajak ini menyelesaikan kaffarah mereka iaitu perlu berpuasa selama dua bulan berturut-turut.
Jika tidak mampu, mereka perlu memberi makan kepada 60 orang miskin. Jika tidak mampu menyelesaikannya sendiri, boleh membayar kepada Majlis Agama dengan kadar RM600 bagi satu kesalahan.
Twitter
Blog Haramain
Justeru, banyak persoalan lain turut dilontarkan warganet mengenai isu kaffarah ini. Malah, ada yang turut berjenaka mengenai 'bersama' hingga ke waktu imsak ini.
Kredit foto: Twitter
Apapun, ianya adalah ilmu yang perlu difahami semua orang terutamanya pasangan suami isteri yang telah melakukan kesalahan ini. Yang lepas-lepas dah bayar kaffarah belum? - CARI
|