Ujian atau musibah yang berlaku ke atas orang lain, sebenarnya ujian kepada diri kita juga.
Bagaimanakah cara kita melihat ujian yang menimpa orang lain? Adakah dengan hanya memandang dengan simpati atau menghulurkan bantuan kepada mereka?
Menerusi laman Twitter, Nina telah berkongsi kisah seorang lelaki tua yang menjadikan tempat meletak kenderaan di kawasan rumahnya di Blok A, PPR Raya Permai, Sungai Besi, Selangor sejak setahun lalu sebagai tempat tinggal.
Kredit foto: Twitter Nina
Sehingga kini, tiada bantuan atau tindakan daripada pihak atasan kepada lelaki tersebut walaupun persatuan penduduk kawasan perumahannya telah membuat aduan berkaitan.
Jadi, Ina memohon warga maya mengulang kicau kisah ini agar ia segera mendapat perhatian pihak berwajib.
Kredit foto: Twitter Nina
Warga maya mencadangkan agar Nina mendapatkan pertolongan daripada Ustaz Ebit Liew dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan pelbagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Surah At-Taghaabun 64 : 11)
Setakat artikel ini ditulis, masih tiada perkembangan terkini mengenai bantuan untuk lelaki tersebut. Terima kasih pada Nina yang prihatin.
Semoga cepatlah bantuan tiba untuk lelaki tua ini. - CARI |