Tragis! Dirogol Suami Beberapa Jam Selepas Lahirkan Anak
Penderaan dan keganasan rumah tangga bukanlah suatu perkara baru dan kes ini semakin meningkat saban hari bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat global.
Tidak dapat dibayangkan penderitaan seorang wanita yang dikenali sebagai Natasha apabila hidupnya mula berubah menjadi mimpi ngeri semenjak bertemu seorang lelaki sewaktu berusia 17 tahun.
Memetik Mirror.Uk, wanita malang itu menderita selama lapan tahun dan hidup dalam ketakutan selepas didera dan dirogol oleh suaminya sendiri ketika baru beberapa jam melahirkan anak.
Tambahnya lagi, suaminya turut melarang dia untuk keluar bekerja.
Kisah tragis hidupnya itu dikongsikan oleh wanita itu kepada pasukan OK! di United Kingdom untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga dan juga pelarian.
Selepas terlalu penat dengan sikap suaminya, wanita itu akhirnya mengambil langkah bijak dengan membuat laporan pada 2015 walaupun pernah diugut bunuh oleh suaminya jika membongkarkan "kegilaan" suaminya itu.
Mereka akhirnya bercerai dan bekas suaminya dijatuhkan hukuman penjara.
Kini, Natasha mampu menarik nafas lega dan mula mengukir senyuman bersama suami baharu. Mereka turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata. - CARI |