Masih berkisar kisah ustaz aura 18, 19. Kecoh apabila Dr Erin mendedahkan dia telah bercerai talak satu dengan suaminya Da'i Farhan menerusi rakaman audio di aplikasi WhatsApp. Aura dah habis ke tu?
Pasangan itu berkahwin pada Oktober tahun lalu dan Farhan telah menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat hamil menerusi aplikasi sama selepas sebulan berkahwin dengan Erin.
Menurut Dr Erin, selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hingga kata Erin ada yang mula melancarkan komplot untuk melihatnya dan Farhan bercerai termasuk dari pihak bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain.
Menjenguk ke Facebook Fatin, pada mulanya beliau memuat naik hantaran menyatakan memilih untuk berdiam diri berhubung isu tersebut.
Kredit foto: Fatin Nurul Ain
Namun, ekoran pelbagai spekulasi timbul, Fatin menulis satu lagi hantaran menafikan perkara (komplot) itu. Beliau mengesahkan yang dia dan Da'i Farhan masih belum merujuk semula.
Kata Fatin, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan untuk kembali rujuk dan semua keputusan bergantung pada keluarga. Walau bagaimanapun, tinjauan mendapati hantaran tersebut telah dipadamkan.
Kredit foto: Facebook Fatin via Gempak
"Tiada apa-apa perbincangan berkenaan hal rujuk kembali antara saya dengan bekas suami. Selepas berpisah, saya sepenuhnya menggunakan ahli keluarga sebagai orang tengah. Sekiranya ada apa-apa perhubungan atau perbincangan yang ingin bekas suami lakukan bukannya terus dengan saya.
"endirian ahli keluarga saya itulah pendirian saya. Ahli keluarga saya masih berpendirian untuk saya istiqamah dengan kehidupan sekarang kerana ahli keluarga sentiasa menyokong dan membantu saya dan anak-anak," tulis Fatin.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook via Facebook Fatin Nurul Ain
Tambah Fatin lagi, keluarganya tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka rujuk semula.
Selain itu, hantaran tersebut adalah untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan orang ramai ekoran pendedahan Dr Erin terhadapnya dan keluarga.
Pada akhir hantaran, Fatin juga menyeru orang ramai agar memberikan tumpuan pada amal ibadah sempena bulan Ramadan.
Semoga dipermudahkan urusan Fatin dan keluarganya. - CARI |