"Sayalah yang berdosa, saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah."
Penyanyi Datin Alyah sebentar tadi meluahkan rasa kesalnya kerana sepanjang 20 tahun di landasan seni, dia telah mempengaruhi peminatnya dengan lagu-lagu berunsur cinta kepada manusia.
Kredit foto: IG
Dalam kemas kini terbaru di Instagramnya, Alyah memaklumkan bahawa dia nekad tidak akan merakamkan lagi sebarang lagu cinta terhadap manusia yang akan membuatkan peminatnya terbuai dan lupa pada Maha Pencipta.
"Di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini.
"Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia. Bukan kerana kasih kepada Allah SWT, bukan kerana para Rasul dan bukan kerana para ilmuan agama.
"Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu," luahnya.
Kredit foto: IG
Di akhir hantarannya, Alyah sekali lagi memohon maaf kepada peminatnya kerana mengambil keputusan itu. - CARI |