CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8447|Reply: 76

[Tempatan] Seorang wanita dibelasah kemudian dihalau dari rumah oleh suami sendiri hanya ke

[Copy link]
Post time 13-5-2020 03:11 PM | Show all posts |Read mode
GOMBAK - Malang nasib seorang wanita apabila dia dibelasah kemudian dihalau dari rumah oleh suami sendiri hanya kerana mengejutkan lelaki itu daripada tidur untuk menukar lampin anak mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, akibatnya mangsa cedera di pipi kiri dan kepala dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Changkat di sini, kelmarin.

"Suaminya bertindak menolak mangsa sebelum menendang paha isterinya sebanyak beberapa kali dan menumbuk belakang kepalanya sebanyak lima kali sebelum dihalau pulang ke rumah ibu mangsa.

"Pengadu bertindak membuat laporan polis susulan kejadian itu dan suaminya telah ditahan sehari selepas kejadian ini untuk siasatan," kata beliau.

Tambah Arifai, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu disiasat di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 03:25 PM | Show all posts
Ms buat ank sama2 rajin kan sister.tgh2 malm sanggup bgn sama
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 13-5-2020 03:45 PM

Senangnya jadi biawak. Bagi kaki je kat bini
Sorang akak ni cakap laki ngaku sayang anak macamana pun memang tak bangun kalau anak melalak. No wonder akak ni gugur..dia tau ke idak laki betul2 sayang dia or not. Gi klinik cuci rahim pun sendiri2. Pantang sendiri..erm
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 04:20 PM | Show all posts
'saya punya anak..ada berak..saya panggil dia itu taik angkat buang, dia takmau. belakang itu anak taik ada tendang  saya muka ada kena, itu pasal saya banyak marah sama dia'.. itu dlm filem seniman bujang lapok la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Realitinya majoriti yang masuk neraka adalah perempuan-perempuan yang menderhaka kepada suami.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat anak sama2. Jaga pun sama2 la. Bersyukurla ko sebagai lelaki tak kena menyusu anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah jaga yg kejut orang tengah tidur tu kenapa. ..tapi x patutlah marah sampai kena terajang semua. ..ke kejut sambil bebel mengata menyindir. ...hehe....macam2lah. ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2020 05:11 PM
Ko dah jaga yg kejut orang tengah tidur tu kenapa. ..tapi x patutlah marah sampai kena terajang semu ...

Kannn.....

Dok kacau org tido....bkn susah sgt pun tukar lampin.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hakikat nya..berapa ramai suami yg membantu kerja rumah,jaga anak walau dok rumah tak kerja.bini lah buat semua dan kena WFH lagi.laki dengan penuh sabar main game,tengok tv,tidur.isteri mana tak stress
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 13-5-2020 05:13 PM
Kannn.....

Dok kacau org tido....bkn susah sgt pun tukar lampin.....

Kena dengar sebelah pihak lagi...kang jadi kes Ayu. .hihi ampon
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 10:22 PM | Show all posts
Buang je laki tak guna camni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 10:56 PM | Show all posts
aiyo melainkan mati,
memang oklah kejutkan tukar lampin anak..
dah namanya anak, tiada sapa kata hanya kerja mak..

tah tah bini tengah sibuk memasak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tdo pas asar tu yg kepala otak mereng tu. ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak2 jantan hakak menjadi lelaki bertanggungjawab kelak.....dah menjadi satu norma plak jantan2 dibiarkan membiawak membelasah anak bini...moga biawak2 ni mereput kena gout dan ditinggal anak isteri
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejut pukul 5.30 petang, bukannya tengah2 malam. Dia aje yg reti penat nak bergelimpangan? Bini tu dia ingat tak reti penat ke? Mesti time tu kena bersilat nak masak nak sedia utk berbuka segala bagai.

Elok lah bini tu balik rumah mak bapaknya daripada dikulikan dek laki bongok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 06:32 PM | Show all posts
karma will pay..

jantan2 spesis bewak ni la bila dihujung usia end up kena buang dek anak2..
merempat mintak simpati orang ramai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2020 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 13-5-2020 05:11 PM
Ko dah jaga yg kejut orang tengah tidur tu kenapa. ..tapi x patutlah marah sampai kena terajang semu ...

Alah kak noor.. kalau dah pukul 5.30ptg tu elok dikejutkan. Apa kes tido lepas asar
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 13-5-2020 05:13 PM
Kannn.....

Dok kacau org tido....bkn susah sgt pun tukar lampin.....

Jangan cakap camtu..entah2 bini tengah sibuk masak or ada kerja lain sebab tu kejut laki yang terbongkang tu..yang laki pon baran sangat,tukar lampin anak sendiri kot.tak sayang anak bini ke..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
suruh tukar lampin je pon, tu pon nk marah ke..bukannya suruh tukar pempes org tua pon
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2020 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya lepas belasah sume menyesal mamat tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 260 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 3941 Replies : 7
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21233 Replies : 11
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.090295 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list