Kalau bercakap soal cinta, pasti tak dapat lari daripada isu curang. Siapa lebih mudah atau kerap curang, lelaki atau wanita?
Siapa yang paling tidak setia? Mesti ada yang kata lelaki dan sudah tentu ada yang menuding jari ke arah wanita, bukan?
Kini dilaporkan bahawa, ramai pasangan kekasih dan juga pasangan suami isteri mengalami masalah perhubungan kerana pasang dikatakan curang ketika bermain permainan di atas talian.
Seorang gadis memberi amaran kepada kaum Hawa agar lebih berhati-hati dengan permainan atas talian PUBG yang dikatakan telah menyebabkan seorang lelaki berlaku curang, lalu meninggalkan pasangannya yang sudah bercinta hampir sembilan tahun.
Kredit foto - Twitter @therasssssss
Kicauan itu mengundang perdebatan di kalangan warga maya.
PUBG tak salah, player yang salah
Kalau tak setia, main ping pong pon boleh curang
Berehat, membaca jauh lebih baik dari main game
Bertepuk sebelah tangan tak jadi ...
Kredit foto - Twitter @therasssssss
Sebenarnya, sesiapa pun boleh berlaku curang jika dia memilih untuk melakukannya. Bukanlah kerana permainan online semata-mata. - CARI
|